02 April 2014

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3

Sudah baca entry Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 1 dan Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 2?
Untuk entry Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3, aktiviti kami tertumpu pada hari kedua kami berada di Osaka, Jepun. Aktiviti bermula sebelah pagi selepas kami bersarapan di tempat penginapan kami. Menu sarapan ialah makanan yang kami bawa dari Malaysia :)

Sejak malam tadi, hujan telah mula turun. Cuaca sejuk dengan hujan bertambahlah sejuk. Nasib baik selimut yang diberikan adalah tebal. Pada paginya hujan masih tidak berhenti dan kami telah mengubah sedikit perancangan yang sepatunya hendak ke Universal Studio Japan. Mesti banyak permainan akan tutup bila hujan bukan? Oleh itu, kami merancang lawatan pada hari tersebut ke Kyoto.

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3
Di hadapan Kyoto Information Centre
Jarak dari Guesthouse kami ke stesyen kereta api tidak jauh dan hanya berjalan selamat 5 minit. Dari stesyen kereta api tersebut, kami menuju ke Kyoto dan perjalanan agak lama juga. Tiba di Stesyen Kyoto, kami singgah di Tourist Information Centre untuk mendapatkan peta dan maklumat berkaitan dengan Kyoto. Dari situ, kami menuju ke Arashiyama dan Sagano dengan menggunakan bas. Kami telah mengambil tiket bas harian untuk kegunaan hari tersebut. Dari stesyen bas tersebut, perjalanan agak lama juga untuk sampai ke Arashiyama dan Sagano kerana bas akan berhenti di setiap stesyen untuk menurunkan penumpang dan mengambil penumpang.

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3
Berada di Arashiyama
Tiba di Arashiyama dan Sagano, hujan masih turun dengan renyai-renyai. Agak kecewa juga kerana kebanyakkan bunga Sakura belum lagi kembang. Hanya sedikit sahaja yang telah kembang. Sedangkan Arashiyama dan Sagano terkenal dengan permandangan bunga Sakura yang indah. Namun begitu, permandangan di situ amat menarik.

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3
Berada di Bamboo Groves
Kami terus berjalan kaki menuju ke Bamboo Groves melalui kawasan jualan barang pelancongan. Kedai-kedai menarik untuk disinggah tetapi cuaca hujan membantutkan mood untuk melihat-lihat :) Kami melalui Bamboo Groves sambil bergambar-gambar dan meneruskan perjalanan ke stesyen Sagano Romantic Train. Kereta api tersebut akan membawa penumpang melalui kawasan tepi bukit dan sungai. Permandangan sangat menarik untuk cuci-cuci mata.

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3
Stesyen Sagano Romantic Train
Kami seterusnya ke Higashiyama iaitu kawasan bangunan lama di Kyoto. Melalui kawasan tersebut, kita boleh rasakan suasana Kyoto lama-lama dulu. Banyak juga kedai-kedai yang menjual barangan pelancongan di sepanjang jalan.

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3
Berada di Higashiyarama
Di Kyoto atau Osaka, banyak tempat yang menjadi tumpuan pelancongan ialah rumah ibadat (temple). Kawasan-kawasan temple ini yang mempunyai tarikan pelancongan dari segi bangunan  dan kawasan sekitar. Oleh kerana kami tidak berminat, tiada satu pun rumah ibadat yang kami lawati :)

Ikuti aktiviti hari ketiga di Osaka dalam entry Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 4.

Galeri gambar:
Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3

Jalan-jalan ke Osaka - Bahagian 3

Untuk gambar penuh, sila rujuk Album FB (Day 2 Part 1| Part 2| Part 3

6 comments:

  1. mesti tengah musim sejuk kat sana kan..... sonok dapat jalan tempat oghang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang masih sejuk
      kira sejuk ngam2 jer.. mmg sesuai utk berjalan2 :)

      Delete
  2. wah wah..best. Ada soping Kimono tak Sop?

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon