10 April 2014

Cara guna mesin dobi layan diri

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Belum pernah guna mesin basuh layan diri?

Risau tidak tahu cara menggunakan meain basuh layan diri?

Cara menggunakan mesin basuh layan diri tidak sukar. Penggunaan mesin basuh ini sama seperti masih basuh di rumah bezanya ialah perlu memasukkan duit sahaja.

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan mesin basuh layan diri:
1. Masukkan baju ke dalam mesin
2. Pilih suhu sama ada sejuk atau panas
3. Masukkan duit dan mesin akan automatik memulakan basuhan apabila duit dimasukkan mencukupi
4. Masukkan sabun dan pelembut

Mudah bukan?

Jangan risau jika masih tidak faham kerana pada setiap mesin akan ditampal langkah-langkah penggunaan mesin ini :)

Musim tiada air ini terpaksalah menggunakan dobi layan diri. Bagi rumah jenis apartment atau kondo, agak masalah sedikit ketika catuan air ini. Ini kerana setiap rumah bergantung kepada tangki utama. Ketika catuan air, air tangki akan kehabisan dan untuk mengisi balik tangki tidak mencukupi dengan keperluan. Tambahan tekanan air yang disalurkan adalah perlahan. Kesannya walaupun Syabas membuat catuan sexara selang dua hari tetapi kami hanya boleh menerima 2 jam sahaja. Belum sempat buat apa-apa air tangki telah kehabisan.

Berbeza dengan rumah teres yang mendapat air terus dari paip. Jika ditutup air terus tiada dan juga apabila disalurkan terus terima. Rumah apartment atau kondo yang mempunyai penghuni yang ramai terpaksa mengharungi penerimaan air yang kurang.

Sebelum ini kawasan rumah Sop tiada masalah air walaupun telah berlaku catuan kerana jumlah air dalam tangki yang dapat menampung keperluan. Apabila tekanan air dari paip Syabas rendah, tangki tidak dapat dipenuhkan apabila proses mengepam ke tangki utama. Walaupun mendapat bekalan air selama dua hari tetapi tidak dapat menampung penggunaan 2 jam.

Mengikut jadual, catuan ini akan berlangsung hingga ke hujung bulan ini. Nampaknya selalulah Sop melepak di dobi layan diri ini :)

4 comments:

  1. Info yg bagus bro.... aku tak pernah guna yang layan diri ni... kat apartment aku ada gak yg layan diri ni tp biasanya suruh wife jer yg buat sbb aku tak reti nak guna.... aku jd tukang bawak baju jer...ekekekeke... :>)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tahu wife suruh nanti xda masalah nak wat guna kan? hehehe
      thx @Eshamz

      Delete
  2. Saya pon nampaknya nak kena kerap lepak ke dobi layan diri ni, tak pernah cuba lagi sebelum ni... info yg sangat berguna... bro.. pakai duit syiling ke duit kertas kat dobi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pakai duit syiling 50sen
      jika xda syiling tiada masalah kerana mesin penukaran syiling ada disediakan di dobi layan diri :)
      thx @Linda

      Delete


EmoticonEmoticon