Sijil sakit sekolah Azfar

Sijil sakit sekolah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ini merupakan sijil sakit sekolah yang kedua Azfar untuk tahun ini. Pagi tadi Azfar memaklumkan beliau demam semasa untuk bersiap ke sekolah. Apabila diperiksa memang Azfar demam dan badan agak panas.

Pagi tadi Azfar dibawa ke klinik untuk mendapat rawatan. Pertamanya Azfar dibawa ke klinik untuk mendapatkan sijil sakit sekolah kerana tidak dapat ke sekolah. Keduanya kerana untuk pemeriksaan demam Azfar kerana risau ada sakit lain selain demam. Ini kerana ada sepupu Azfar yang terkena sakit tangan, kaki dan mulut.

Sijil sakit sekolah adalah penting untuk pengesahan tidak hadir ke sekolah. Tanpa sijil sakit atau surat makluman sakit pastu guru akan tanda tidak hadir bersebab bukan? Lagipun minggu ini, Azfar ada ujian di sekolah agama. Jika tidak hadir bersebab pasti akan markah kosong dalam ujian tersebut. Dengan sijil sakit berkenaan, bolehlah mohon ujian dilakukan pada masa lain :)

Petang ini, Azfar kelihatan lebih sihat. Alhamdulillah. Moga esok Azfar boleh kembali ke sekolah walaupun doktor telah bagi cuti selama 2 hari :)

Anda pernah mendapat cuti sakit sekolah?
Sop dulu tidak pernah dapat pun sijil sakit sekolah. Kalau demam duduk rumah dan makan ubat.


Posted via Blogaway
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Nora Nasran
AUTHOR
19 March, 2014 08:44 delete

Get Well Soon Azfar..
Mcm best je klinik tu blh kluakan sijil sakit khas utk sekolah (utk pelajar)

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
19 March, 2014 08:46 delete

semoga azfar cepat sembuh :)

Reply
avatar
19 March, 2014 08:48 delete

masa sekolah dulu tak pernah dapat.... tapi masa udah berkoje ni........ ada jugak walopon jarang...

Reply
avatar