Kad maaf Dominos Pizza


Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah membuat pesanan di Dominos Pizza?
Sop sering juga membuat pesanan Dominos Pizza ini dan selalunya membuat pesanan secara online. Ini kerana Dominos Pizza merupakan pizza kegemaran kami sekeluarga :)

Pada Ahad lepas, kami membuat pesanan Dominos Pizza until makan malam. Ketika membuat pesanan web, status Dominos Pizza memaklumkan mereka sedang menerima bilangan tempahan yang banyak dan setiap tempahan akan makan masa lebih 1 jam.

Oleh kerana faham keadaan tersebut, kami masih meneruskan tempahan. Hampir 1 jam tempahan, akhirnya pizza yang dipesan telah sampai. Selepas membuat pembayaran, penghantar pizza tersebut memberikan kad maaf tersebut. Walaupun status tempahan web telah memaklumkan kadar tempoh lama tetapi Dominos Pizza tetap memberikan kad maaf tersebut kerana mereka berpegang kepada jaminan 30 minit penghantaran. Sangat Bagus bukan?

Sebelum ini, pernah kena dengan Pizza Hut yang mana setelah 2 jam masih belum menerima penghantaran pizza. Setelah hubungi khidmat pelanggan, masih belum menerima penghantaran walaupun pesanan telah diterima. Setelah batalkan pesanan baru cawangan penghantaran hubungi memaklumkan mereka kekurangan kakitangan. Boleh gitu?

Kad maaf Dominos Pizza ini membolehkan pelanggan mendapat pizza saiz percuma until pembelian seterusnya. Bagus tak?

Anda pernah menerima kad maaf sebegini Dari Dominos Pizza?
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Airis Arissa
AUTHOR
10 March, 2014 22:50 delete

selalu gak dapat walaupun lewat seminit. dominos lebih telus banding pizza hut bab servis ni

Reply
avatar
11 March, 2014 08:55 delete

bagoih dominos ni.... kita pun rasa seronok nk order lg dgn deme....

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
13 March, 2014 11:53 delete

Bagus la layanan dia ni..pelanggan adalah keutamaan kami..dia guna slogan tu kot..hehe..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
23 March, 2014 00:38 delete

baguskan? Dominos komitmen dgn slogan mereka :)
terima kasih @Airis

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
23 March, 2014 00:42 delete

bagus2,,, pizza pun sedap :)
yg ptg kena jaga pelanggan... hehehe
terima kasih D_08

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
23 March, 2014 00:45 delete

jaminan 30 minit ditepati
kalau xcapai tu dia bg kad maaf tersebut :)
terima kasih bro @hafizul

Reply
avatar