Baru 3 bulan persekolahan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sesi persekolahan telah berlangsung hampir 3 bulan. Sepanjang tempoh ini, Azfar dan Azwar dapat meneruskan persekolahan dengan baik. Bagi Azfar, ini merupakan tahun kedua persekolahan dan tiada masalah lagi kerana telah biasa dengan keadaan persekolahan.

Berbeza dengan Azwar yang baru tahun pertama bersekolah. Banyak perkara perlu dipelajari termasuk penyesuaian diri dengan alam persekolahan dan jadual harian. Pagi bermula dengan sekolah agama dan petang sekolah kebangsaan. Jadual agak penuh dan setiap hari lewat petang baru sampai ke rumah.

Pada sebelah malam, aktiviti menyiapkan kerja sekolah dan persediaan buku mengikut jadual pula. Selepas sebulan, Azwar telah mampu menyusun buku sendiri mengikut jadual sekolah. Masuk bulan ketiga, Azwar telah mahir sepenuhnya menyusun buku mengikut jadual.

Namun begitu, ada juga masalah kecil lain yang terpaksa kami harungi seperti masalah bangun pagi, botol air pecah, pensil warna habis dan sebagainya.

Masalah terbaru ialah poket tepi beg Azwar telah koyak sepenuhnya. Poket tepi tersebut merupakan tempat menyimpan botol air. Pada mulanya sebelah yang koyak tetapi kemudian kedua-dua belah telah koyak :( 

Oleh kerana poket tepi telah koyak kedua-dua bahagian beg, Azwar kini perlu membawa beg bimbit untuk membawa botol air. Jika dimasukkan bersama buku di dalam beg, akan ada masalah air tumpah pula.

Baru 3 bulan bersekolah, beg telah hampir hancur. Nasib kami beli beg sekolah yang ada jenama. Jika pakai beg sekolah biasa, mungkin sebulan pakai telah habis rosak :) Azwar terlalu lasak dan tidak menjaga beg dengan baik.

Baru 3 bulan, beg telah hampir hancur. Jika bertersusan seperti ini, setahun bersekolah pasti 3 buah beg yang perlu di sediakan untuk Azwar :(

Anda ada mengalami masalah yang berkaitan?
 

Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Hafizul
AUTHOR
15 March, 2014 12:40 delete

Hehehe..nanti ayah belikan yang baru ekkk...

Reply
avatar
Ummi Hanie
AUTHOR
18 March, 2014 13:14 delete

beg sekolah zaman sekarang memang tak tahan lasaklah... kalau yg mahall tu mungkin tahan

zaman kita kecik2 dulu, merasa pakai beg yang satu tu lama2...

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
23 March, 2014 00:24 delete

adoi.. baru 3 bulan dah nak beg baru.. parah
beg dah ler mahal..
beli yg murah2 lagi xtahan... huhu

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
23 March, 2014 00:25 delete

betul tu Ummi Hanie
Sop dulu 1 beg setahun.. kalau elok lagi pakai lagi utk tahun hadapan :)
kena latih jaga elok2 ni :)

Reply
avatar