Tidak dapat bermain futsal kerana sakit lutut?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tidak dapat bermain futsal kerana sakit lutut
Anda peminat futsal?
Futsal adalah permainan yang diciptakan oleh Juan Carlos Ceriani pada tahun 1930 di Uruguay dan kini ia sangat digemari oleh masyarakat baik kalangan warga muda ataupun golongan golongan yang berumur.

Sop dan rakan–rakan juga meminati sukan futsal ini. Selalunya kami akan bermain sebelah malam dan akan disertai oleh lebih kurang 15 orang. Sukan futsal ini memerlukan kecergasan dan ketahanan fizikal. Ketika muda remaja, sukan futsal sangat seronok untuk bermain kerana masing-masing berada dalam keadaan fizikal yang mantap.

Tidak dapat bermain futsal kerana sakit lutut
Futsal diminati oleh kanak-kanak hingga dewasa
Semakin usia meningkat, kecergasan badan semakin berkurangan. Tahap kesihatan fizikal juga semakin berkurangan. Perkara ini yang terjadi kepada rakan saya yang terpaksa berhenti bermain setelah mengalami masalah sakit lutut. Pada awalnya hanya sakit biasa-biasa sahaja tetapi akhirnya semakin teruk sehingga tidak boleh terus bermain.

Setelah menjalankan pemeriksaan, doktor menyarankan agak rakan tersebut berhenti bermain futsal kerana ia akan menjadikan lutut semakin teruk,

Beliau merupakan seorang yang aktif bersukan dan sangat meminati sukan futsal. Beliau sangat kecewa apabila dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti dari bermain. Keputusan yang sukar tetapi terpaksa diterima untuk kebaikkan diri sendiri.

Beliau cuba juga mencuba merawat masalah tersebut seperti membuat berapi dan mengurut tetapi tidak berkesan. Masalah lutut masih tidak hilang. Malah semakin lama semakin teruk rasa sakit lutut tersebut terutama apabila banyak berjalan. Salah satu punca kepada masalah lutut semakin teruk apabila berat badan semakin bertambah. Apabila rakan tersebut berhenti bersukan, berat badan mula naik dan ini memberi kesan kepada masalah lutut yang sedia ada.

Sumber foto
Oleh kerana masalah lutut yang semakin teruk, beliau mula mencari maklumat mengenai sakit lutut ini. Sakit lutut ini adalah berkaitan dengan sakit sendi atau osteoartritis.

Sakit sendi atau osteoartritis ini boleh dicegah dan rawat melalui perkara berikut:

1. Diet seimbang
Permakanan merupakan faktor penting untuk kesihatan badan termasuk untuk sakit lutut. Makanan  jenis berkabohidrat, berprotein dan sayur-sayuran amat penting untuk kesihatan badan. Setiap orang perlu mengamalkan diet yang seimbang untuk kesihatan berterusan.

2. Berat badan ideal
Berat badan juga penyebab kepada masalah sakit lutut. Berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan kepada lutut dan menyebabkan rasa sakit. Berat badan yang ideal boleh dicapai melalui diet yang betul dan senaman.

3. SuplemenSuplemen atau makanan tambahan juga membantu penjagaan kesihatan termasuk sakit sendi.

Setelah mengalami masalah sakit lutut yang semakin teruk, rakan tersebut mula mengamalkan diet seimbang dan berusaha mengurangkan berat badan. Disamping itu, beliau juga telah mengambil suplemen untuk mengatasi masalah sakit sendi.

Suplemen yang beliau guna ialah OsteSAMIN Plus Chondroitin dan OsteMSM 500. Setelah beberapa bulan mengamalkan perkara di atas, masalah sakit lutut mula berkurangan. Rakan mula dapat bergerak lebih aktif dan lutut kurang sakit walaupun banyak berjalan.
Beliau telah mendapat maklumat produk Live-well ini melalui laman web Live-well. Setelah mencuba untuk kali pertama, beliau dapat merasakan perubahan kepada masalah lutut yang dialami. Rasa sakit pada lutut semakin berkurangan.

Beliau seterusnya mengamalkan pengambilan suplemen tersebut untuk memastikan masalah lutut terus berkurangan. Kini beliau boleh bermain futsal kembali walaupun tidak seaktif dahulu.

Berikut merupakan suplemen yang digunakan oleh beliau:

Tidak dapat bermain futsal kerana sakit lutut

1. OsteSAMIN Plus Chondroitin
2. OsteMSM 500

Kepada yang ada masalah sakit lutut dan ingin mencuba juga produk ini, sila lawat web Live-well untuk maklumat lanjut. Usah biarkan sakit lutut anda berterusan kerana tanpa rawatan dan pencegahan, ia akan menjadi semakin teruk.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)

Tidak dapat bermain futsal kerana sakit lutut
Usah biarkan sakit lutut menghalang anda untuk bermain futsal :)
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Cik Yaya
AUTHOR
19 February, 2014 08:46 delete

salam... =)

bila da sakit lutut mmg aktvti pon jadi tbatas..perkra yg yg kita suka buat pon xdapat buat..
jaga kesihtan ye... ^_^

Reply
avatar
19 February, 2014 11:06 delete

Susah jugak kalau dah sakit lutut ni kan. Bukan futsal je, aktiviti lain jugak turut terbatas.

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
19 February, 2014 23:26 delete

terima kasih Cik Yaya atas pandangan dan nasihat yg diberikan :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
19 February, 2014 23:27 delete

betul tu bro Hazmin
semua aktiviti harian akan terjejas
thx bro

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
20 February, 2014 01:45 delete

Emm jawabnya kempunan tak berlagu lah kan..hehe..saya dah lama tak main futsal..

Reply
avatar
aswadz
AUTHOR
27 February, 2014 23:52 delete

kalo sakit lutut ni, memang payah nak beriadah dah. even jalan kaki pun dah sakit.

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
03 March, 2014 23:52 delete

terima kasih @Hafizul atas perkongsian :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
03 March, 2014 23:53 delete

kena jaga kesihatan kan bro aswadz?
mencegah lebih baik dari merawat :)

Reply
avatar