10 February 2014

Sudahkah anda menghubungi ibu anda?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudahkah anda menghubungi ibu anda?

Sudahkah anda menghubungi ibu anda?
Itu yang Sop fikirkan apabila melihat papan iklan tersebut. Menariknya papan iklan ini ialah ringkas tetapi penuh bermakna.

Blog Denaihati ada mengulas mengenai papan iklan ini dan banyak juga komen yang telah diberikan pembaca mengenainya. Daripada entry tersebut juga diadakan peraduan misteri kepada blogger yang boleh mengambil gambar papan iklan paling menarik.

Papan iklan yang menarik ini menjadikan Sop membuak-buak untuk turut merakam gambarnya. Perasaan ingin merakam gambar papan iklan tersebut bukan kerana peraduan semata-mata tetapi tertarik dengan mesej papan iklan tersebut. Ini kerana Sop agak jarang menghubungi mak Sop dan apabila Denaihati kongsikan papan iklan tersebut rasa tersentuh sangat.

Papan iklan ini berada di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam. Ia terletak sebelum susur keluar ke Kerinci. Bagi pengguna lebuhraya Persekutuan, mungkin akan selalu terpandang papan iklan ini. Ada yang tidak perasan? 

Semoga papan iklan ini akan mengingatkan Sop untuk selalu menghubungi emak di kampung.

Nota kaki: Sila LIKE foto yang Sop pertandingkan di sini

2 comments:

  1. kirim doa sj tuk mak... mg mak tenang di sana..

    mmg iklan di jalan raya sesekali baca.. tersentuh juga untuk berfikir...selain gambar yg menarik

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon