Bermain layang-layang di Pantai Batu Buruk

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Bermain layang-layang di Pantai Batu Buruk

Bermain layang-layang pasti menjadi kegemaran kanak-kanak. Azfar dan Azwar cukup berminat dengan layang-layang ini.

Pada asalnya Sop bercadang untuk ajar Azfar dan Azwar membuat layang-layang sendiri di kampung tetapi malangnya buluh sudah sukar untuk didapati di kampung. Terlepas pengalaman mereka untuk membuat layang-layang sendiri. Jika tidak, boleh mendapat pengalaman baru iaitu membuat layang-layang sendiri.

Oleh kerana tidak mempunyai buluh untuk membuat layang-layang sendiri, kami akhirnya ke Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk mendapatkan layang-layang dan bermain di situ. Pantai Batu Buruk sentiasa mempunyai peniaga yang menjual layang-layang di tepi pantai. Sebelum ini, kami pernah mendapatkan layang-layang dan bermain di Pantai Batu Buruk.

Bermain layang-layang di Pantai Batu Buruk

Layang-layang yang kami beli kali ini berbentuk burung. Sudah bosan dengan layang-layang yang berbentuk segi tiga tersebut. Namun begitu, harga layang-layang berbentuk burung ini sedikit mahal iaitu RM12 seunit. Terdapat pelbagai jenis bentuk layang-layang yang dijual dan harga mengikut saiz dan jenis. Harga layang-layang yang dijual bermula RM4 hingga RM20 seunit.

Bermain layang-layang di Pantai Batu Buruk

Dapatlah Azfar dan Azwar bermain layang-layang di Pantai Batu Buruk pada petang tersebut. Bukan Azfar dan Azwar sahaja yang bermain di situ tetapi ramai lagi pengunjung yang turut bermain layang-layang. Suasana cukup meriah dengan pengunjung yang cukup ramai di musim cuti begini. Sambil bermain layang-layang, boleh juga kami sekeluarga santai dan berkelah-kelah di tepi Pantai Batu Buruk tersebut :)

Galeri gambar:

Previous
Next Post »