Azwar kena alergi kulit

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Azwar kena alergi kulit
Muka kesan alergi
Alergi merupakan tindak balas badan terhadap sesuatu seperti habuk, makanan, bahan kimia dan juga stress. Antara kesan akibat alergi ini ialah bengkak, gatal, bersin, pening, muntah, sesak nafas dan sebagainya. Bagi kes alergi yang teruk, kesan parah boleh berlaku seperti sesak nafas atau pengsan.

Semalam ketika balik sekolah, badan Azwar telah muncul ruam gatal pada badan. Pada mulanya pada bahagian muka dan kemudian merebak ke seluruh badan. Ketika itu, kulit mula gatal-gatal dan kemerahan apabila digaru dan gosok.

Azwar kena alergi kulit

Selepas mandi, rasa gatal berkurangan tetapi masih ada alergi tersebut.

Kami tidak pasti punca alergi tersebut kerana banyak faktor penyebab alergi ini. Jika orang dewasa, mungkin boleh nilai apa yang menyebabkan berlaku alergi melalui aktiviti harian. Kami cuba selidik tetapi terlalu banyak punca-punca yang menyebabkan berlaku alergi kepada Azwar.

Azwar kena alergi kulit

Pagi tadi semasa ke sekolah agama, kelihatan alergi telah berkurangan dan Azwar boleh bersekolah seperti biasa. Namun petang tadi selepas sekolah kebangsaan, kelihatan alergi muncul lagi dan kini semakin banyak. Selepas Isyak, Sop terus bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Untuk rawatan, doktor cadangkan mendapatkan suntikan untuk hilangkan alergi dengan segera. Namun Sop menolak kerana alergi Azwar tidak serius dan suntikan memberi kesan psikologi negatif untuk anak-anak. Kanak-kanak mana tidak takut jarum? Beza suntikan dengan makan ubat ialah tempoh berkesan yang lebih lambat iaitu biasanya 1 hingga 2 hari baru boleh hilang sepenuhnya.

Azwar kena alergi kulit

Doktor telah beri ubat makan untuk alergi, gatal dan krim sapu. Kos untuk rawatan tersebut ialah RM80. Mahal juga ubat alergi ini (atau klinik Sop pergi yang mahal?) Hehehe. Selepas makan, terus Azwar mengantuk kerana ubat gatal sedikit mengantuk dan sebenarnya bagus untuk bagi Azwar berehat dan hilangkan rasa gatal.

Anda atau anak ada pengalaman alergi?
Previous
Next Post »

12 comments

Write comments
akubiomed
AUTHOR
21 February, 2014 23:16 delete

Saya juga ada masalah alergik tidak boleh makan ubat tahan sakit. Contoh Panadol.

Reply
avatar
aisya
AUTHOR
22 February, 2014 00:01 delete

tak tau lagi lah apa puncanya? klau mcm sy, alergik udang. start lah gatal2 kat tapak tgn. (org tua2 kata gatal tapak tgn nak dpt duit tp sy dpt alergik. hehe). paling teruk pun sesak nafas sampai merah muka. huhu

Reply
avatar
Azrul Azmi
AUTHOR
22 February, 2014 00:29 delete

Get well soon... Amin...

Reply
avatar
Juan
AUTHOR
22 February, 2014 02:04 delete

http://myrujukan.com/

saya pun kena gak mcm ni, pi beli ubat sapu dan pil makan dan kendian kalau boleh mana mana tempat atau kain yg lama dicuci semula utk elak habuk dan sebagainya

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
22 February, 2014 16:06 delete

oh. kalau sakit susah nampanya bro :)
terima kasih @akubiomed

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
22 February, 2014 16:07 delete

wah.. kalau sampai tahap sesak nafas mmg kronik tu
terima kasih @aisya atas perkongsian

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
22 February, 2014 16:09 delete

rasa bukan dr rumah ni
tp kami cuba juga bersihkan rumah
thx @Juan

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
24 February, 2014 00:06 delete

Azwar dan saya memang senasib..saya tak leh makan makanan laut banyak sangat..kalay terlebih banyak, memang kena sebijik la macam azwar ni..emmm gatalnya tuhan aje yang tahu...

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
24 February, 2014 10:47 delete

terima kasih bro Hafizul atas maklumat :)

Reply
avatar
Ema Johari
AUTHOR
25 February, 2014 17:15 delete

ALhamdulillah anak ema tak pernah alami kulit alergik ni..moga Azwa cepat sembuh

Reply
avatar