09 January 2014

Sop kini pengguna UniFi

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sop kini pengguna UniFi

Anda pengguna UniFi? Entry untuk Wordless Wednesday minggu ini. Ada yang respon melalui komen telah menjadi pengguna UniFi dan ada yang sebaliknya. Terima kasih kepada rakan-rakan yang respon dengan entry tersebut.

Sop baru sahaja melanggan UniFi dan agak ketinggalan dengan rakan-rakan yang telah lama menggunakan UniFi ini. Kami mula berminat untuk menggunakan UniFi apabila kecewa dengan Astro di rumah tidak support HD. Decoder kami telah tukar tetapi pencawang rumah masih menggunakan pencawang lama. Proses penukaran pencawang lama kepada pencawang support Astro Byond tidak berjaya setelah mesyuarat JMB dan Pemaju Perumahan tidak dapat menampung kos yang tinggi. Untuk makluman, penggunaan Astro adalah secara berpusat dan penggunaan pencawang individu tidak dibenarkan.

Sop kini pengguna UniFi

Salah satu cadangan kepada pengguna untuk mendapat siaran HD ialah menggunakan faber internet. UniFi sendiri mempunyai siaran TV iaiyu HyppoTV. Dengan melanggan UniFi, pengguna telah layak menerima perkhidmatan HyppoTV yang disediakan secara pakej.

Selain siaran TV, pakej UniFi terdiri daripada internet beserta router dan talian telefon. Pakej yang ditawarkan cukup menarik walaupun harga agak tinggi. Jika dilihat secara keseluruhan, harga yang ditawarkan dengan pakej UniFi sebenarnya agak berbaloi tetapi perlu digunakan sepenuhnya seperti data internet tanpa had, panggilan percuma antara talian TM dan rancangan yang lebih jelas tanpa gangguan cuaca.

Memandangkan Astro juga telah naik harga, kami semakin berminat untuk menggunakan UniFi ini. Baru-baru ini selepas singgah di pusat promosi, kami terus melanggan UniFi ini.

Setakat penggunaan selama seminggu ini, kami sangat berpuas hati dengan pakej UniFi. Siaran TV sangat jelas walaupun tanpa siaran HD. Beberapa rancangan cukup menarik walaupun berbeza dengan Astro. Penggunaan internet cukup memuaskan dan semua gajet boleh membuat sambungan internet.

Selain itu, Youtube boleh terus dilayari melalui HyppoTV. Bosan-bosan boleh layan movie dari YouTube :)

Buat masa ini, telefon sahaja yang tidak digunakan. Agak jarang hendak berhubung dengan telefon TM sekarang bukan? Lebih mudah menggunakan handphone untuk membuat panggilan dan berhubung.

14 comments:

  1. Emm seronoknya..agak-agaknya bila lah Unifi nak datang Jerteh ekk..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xlama lagi :) mungkin tu jawapan TM kot... hehehe

      Delete
  2. ramai juga yang pakai unifi ni sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. kan @Iqa
      mungkin kerana prestasi yang baik kot :)

      Delete
  3. Oh.. Bro Sop nak psang unifi sebab nak tengok tv HD ke. Kenapa tak pasang maxis fiber + astro tu. Tak payah pakai piring. Sama macam unifi + hypptv jgk. Tapi servis internet dia tak tau la ok ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah servey. maxis fiber 149 utk internet sahaja. kena langgan astro pula. kalau UniFi satu langganan sahaja :)

      Delete
  4. layan internet guna LCD besar macam tu memang puas tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. internet xdapat nak buka melalui hypoTV :(
      hanya FB dan Youtube sahaja. bukan macam guna komputer walaupun fungsi web ada. kalau boleh layar web terus mmg best... hehehe

      Delete
  5. lajukan internet, teringin gak nak pasal but tengah fikir2 ni dulu

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon