Songkok di Saddam Tailor, Pasar Keramat

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Songkok di Saddam Tailor, Pasar Keramat

Mencari songkok untuk anak-anak bukan dimusim perayaan amat sukar kerana kebanyakkan pasar raya tidak meyimpan stok. Kami telah mencari dibeberapa pasar raya seperti Jaya Jusco, AEON Big, Parkson dan Mydin tetapi semua sudah habis (tiada stok). Songkok Azfar dan Azwar telah agak teruk keadaannya dan perlu diganti baru untuk sekolah agama.

Setelah berpusing-pusing ke beberapa pasar raya, akhirnya kami ke Pasar Keramat. Hanya singgah 1 kedai sahaja terus dapat songkok yang dicari. Jika tahu di Pasar Keramat ada menjual songkok, awal-awal lagi telah singgah. Tidak perlu banyak masa dihabiskan terpusing sana sini mencari songkok tersebut.

Songkok di Saddam Tailor, Pasar Keramat

Selain songkok, nama kedai juga menarik perhatian kami iaitu Saddam Tailor. Sop tidak pasti kenapa penggunaan nama kedai tersebut :) Harga songkok di Saddam Tailor ialah RM15 sahaja dan percuma untuk menebuk lubang angin pada songkok.

Bagi yang sedang tercari-cari songkok untuk anak-anak atau untuk diri sendiri, bolehlah ke Pasar Keramat untuk mendapatkannya. Terdapat 2 kedai yang sentiasa menjual songkok untuk dewasa dan kanak-kanak. Kedai hanya berapa di tepi jalan sahaja :)


Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
07 January, 2014 11:29 delete

Nama kedai buat orang tertarik nak singgah ni. Hehe. Dekat Jalan Masjid India tak pergi ke bro Sop?

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
08 January, 2014 09:41 delete

sebenarnya nak elak masuk KL tu yg pusing sekitar rumah jer
kalau area jln TAR mesti byk :)
terima kasih bro

Reply
avatar
Afiq Original
AUTHOR
26 December, 2015 22:27 delete

Assalamualaikum. Kedai tu area mane ya? ade lagi x?

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
27 December, 2015 18:08 delete

Waalaikumusalam
Pasar keramat lama tepi jalan utama sahaja. Lihat sebelah kanan selepas hentian lrt keramat (300 meter)
Rasanya ada lagi kedai itu

Reply
avatar