05 January 2014

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

Pernah singgah menjamu selera di Restoran Sawarbina?
Sop baru pertama kali singgah walaupun hampir setiap hari melalui Restoran Sawarbina ini.

Bagi peminat makanan arab, anda perlu singgah di Restoran Sawarbina ini. Terdapat buffet disediakan pada tengah hari dan ala cart sepanjang waktu.

Sop dan keluarga singgah tengah hari untuk makan secara buffet. Kos buffet bagi dewasa ialah RM25 dan percuma bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

Terdapat beberapa menu untuk buffet tengah hari iaitu nasi arab, pencuci mulut dan buah-buahan. Nasi arab disediakan beberapa jenis yang boleh dimakan dengan masakan kambing, ayam, daging dan lain-lain lagi. Berbaloi juga makan buffet nasi arab di sini kerana boleh makan sepuas-puasnya. Minuman disediakan ialah air oren dan air teh. Bagi yang hendak air lain selain dari yang disediakan, boleh membuat pesanan lain (harga lain).

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

Sop suka dengan masakan kambingnya yang lembut dan tidak berbau.

Ruang makan di Restoran Sawarbina juga selesa dengan ruang yang luas dan hiasan juga menarik. Rasa la-ala berada di negara Arab jugalah sikit-sikit.. Heheheh

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

Kemudahan tandas dan surau juga disediakan kepada pengunjung.

Sepanjang Sop berada makan di situ, pengunjung tidak putus-putus datang. Pada waktu puncak, kelihatan ruang parking telah penuh.

Bagi yang ingin mencuba makan di Restoran Sawarbina, ia terlepak di alamat berikut:

Restoran Sawarbina
Lot 9 & 10 Jalan Semarak
54100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2202 8290


Lihat MPM dalam peta yang lebih besar

Galeri gambar:

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

Restoran Sawarbina - Makanan Arab

10 comments:

  1. Salam.

    Dekat dengan JUPEM ya? Dalam gambar tu mcm jupem je abgsop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul Lana
      berdepan dengan JUPEM :)

      Delete
  2. Jauh lagi suka makan masakan Arab dekat Malaysia dari negara Arab sendiri. Sebab makanan diorang kering. Biasa kalau order sup tomato yang sepatutnya jadi pencuci mulut tu kitorang tabur atas ayam sebagai kuah. Kalau Malaysia diorang dah ubah supaya kene dengan citarasa kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Arham atas maklumat
      Sop blom pernah ke negara arab :)

      Delete
  3. Pernah makan dua kali dekat sini. Boleh tahan jugak la rasa. Harga tak tahu sebab bos yang bayar. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro Hazmin atas perkongsian :)

      Delete


EmoticonEmoticon