Jam ICE untuk anak-anak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Jam ICE untuk anak-anak

Jam ICE agak popular pada tahun lepas dengan design yang menarik dan harga yang berpatutan. Ketika itu, ramai juga yang mula memakainya.

Kini, jam ICE terus ada tetapi harga kini lebih murah. Azfar dan Azwar telah lama hendak jam ICE ini tetapi memandangkan mereka belum tahu menggunakan jam berjarum Sop belikan jam bernombor dahulu.

Jam ICE untuk anak-anak

Semalam kami telah ke Uptown Danau Kota dan di sana jugalah Sop kena 'pow' dengan Azfar dan Azwar untuk membeli jam ICE ini. Sekarang ini, Azfar telah darjah 2 dan Azwar pula darjah 1. Tiba masa untuk mereka belajar menggunakan jam berjarum. Malah, silibus Matematik telah diajar mengenai waktu dengan jam berjarum bermula pada tahun 1. Sekurang-kurangnya boleh diadakan praktikal juga kepada Azfar dan Azwar dengan jam berjarum ini bukan?

Jam ICE untuk anak-anak

Sop sendiri tertarik dengan jam ICE ini kerana design yang menarik. Kelihatan jam ICE sangat berkualiti dan mahal walaupun harga adalah murah. Tali jam juga menggunakan getah lembut yang memberi keselesaan kepada pemakainya.

Warna yang digunakan untuk jam ICE ini juga menarik dengan warna yang terang-terang. Selain itu, jam ICE mempunyai tarikh yang jarang terdapat pada jam murah lain. Salah satu faktor jam ICE menjadi pilihan anak-anak Sop ialah kerana mempunyai tarikh pada jam tersebut.

Jam ICE untuk anak-anak

Azfar dan Azwar juga memaklumkan ramai rakan-rakan sekolah mereka yang memakai jam ICE ini. Nampaknya jam ICE ini menjadi trend kepada murid-murid sekolah.

Harga jam ICE bersaiz kanak-kanak ini ialah berharga RM15 sahaja di Uptown Danau Kota.

Anda suka dengan jam ICE ini?

Jam ICE untuk anak-anak


Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Bahrain
AUTHOR
26 January, 2014 02:14 delete

Lepas ni turn aku pula nak beli. hehe

Reply
avatar
BUNDA
AUTHOR
26 January, 2014 10:28 delete

Wah! bergaya lah asfar dan azwar dapat jam baru yer..

Reply
avatar
26 January, 2014 22:16 delete

Assalammualaikum,..sop,

cantik jam ice nie... mselim3 ingat mahal harga nyer..oklah boleh bagi kat anak..

mselim3

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
29 January, 2014 15:16 delete

beli jgn xbeli bro Bahrain )

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
29 January, 2014 15:17 delete

hehehe
xda la bergaya sgt
jam murah jer bunda :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
29 January, 2014 15:20 delete

jika original mahal juga jam ICE ini
tp yg fake, murah jer,,, hehehe
terima kasih @Selim

Reply
avatar