27 January 2014

Auni fanatik dengan handphone



Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Auni sungguh fanatik dengan handphone sekarang ini. Sejak Mrs Sop membeli handphone baru, Galaxy Note 1 telah disimpan untuk kegunaan Auni. 

Handphone tersebut hanya mengandungi permainan dan video-video sahaja untuk kegunaan Auni.

Tujuan penggunaan handphone kepada Auni ialah untuk memastikan beliau duduk diam terutama ketika Mrs Sop memandu. Auni akan berada di dalam baby sit bersama handphone.

Namun kini, Auni telah menjadi fanatik dengan handphone. Setiap kali naik kereta walaupun Sop yang memandu pasti minta handphone. Malah jika berada di kedai makan pun Auni akan meminta handphone.

Auni yang baru hendak memasuki umur 2 tahun kini telah mahir untuk bermain permainan, mononton video, melihat gambar dan sebagainya. Sekali lihat memang kelihatan Auni cukup mahir dengan handphone.

Sekarang ini menjadi masalah bukan sahaja handphone Galaxy Note yang Auni hendak tetapi telefon Sop juga hendak beliau bermain. Pantang melihat Sop keluarkan handphone pasti mula meminta untuk bermain.

Sop percaya situasi ini bukan kami sahaja yang alami kerana rata-rata ibubapa lain turut membuat perkara yang sama bukan?
Dari kecil telah diberikan handphone untuk memastikan anak-anak diam. Anak-anak sekarang pula memang tertarik dengan teknologi. Handphone pula yang canggih sekarang ini bukan untuk sekadar berhubung :)

Jika diikutkan, ia berpunca daripada ibubapa sendiri yang mengajarnya. Seperti kami yang mengajar Auni dengan handphone dan akhirnya telah menjadi fanatik pada handphone :)

2 comments:

  1. harap tak berterusan fanatiknya..sebab tak berapa elok untuk anak-anak yg masih kecil...saraf pergerakan akan kurang dan tahap peka pada persekitaran pun kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih @Ema atas maklumat tersbut :)

      Delete


EmoticonEmoticon