Amalan terbaik dalam pemilihan dan penggunaan kata laluan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Amalan terbaik dalam pemilihan dan penggunaan kata laluan

Kata laluan amat penting untuk dipastikan sentiasa selamat. Jenayah siber yang semakin berleluasa menjadikan pengguna semakin hari semakin terdedah kepada ancaman tersebut. Untuk memastikan kata laluan anda selamat, ikuti amalan berikut:

  1. Jangan kongsi kata laluan anda dalam Internet, menerusi e-mel atau dalam telefon. Tiada sesiapa akan meminta untuk menghantar kata laluan anda kepada mereka. Berhati-hati jika ada yang bertanya.
  2. Menggunakan kata laluan yang kukuh melalui kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor (0,1,2,3,4,5,6,7,8,9) dan simbol (!@#$%&*) yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara.
  3. Elakkan perkataan atau frasa biasa. Penggodam boleh menggunakan program yang mencuba setiap perkataan dalam kamus
  4. Jangan gunakan maklumat peribadi anda (seperti tarikh lahir, nama anak) atau sebarang perkataan atau frasa yang berkaitan dengan anda
  5. Anda perlu sentiasa menukar kata laluan dengan kerap. Sekurang-kurangnya setiap 3 bulan sekali.
  6. Anda perlu menggunakan kata laluan berlainan pada setiap akaun yang anda akses
  7. Satu cara mencipta kata laluan yang kuat ialah mendapatkan frasa yang anda boleh ingat dan mengambil huruf pertama bagi setiap perkataan sebagai kata laluan anda, menukar huruf yang anda boleh ingat. Contohnya, "Everyone knows the sun sets at dawn” akan menjadi “e1ktss@d”.
  8. Kata laluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di ruang-ruang media seperti buku catatan, disket, CD dan sebagainya lagi kerana dikhuatiri akan diketahui oleh orang lain. Jangan menampal kata lalu seperti di monitor, keyboard dan sebagainya.
  9. Tukar serta merta kata laluan asal (default password) yang diterima daripada Pentadbir Sistem.
  10. ID pengguna tidak boleh digunakan sebagai kata laluan
Previous
Next Post »