28 December 2013

Template baru untuk tahun 2014

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apa azam anda sebagai blogger untuk tahun 2014?
Sop percaya ramai yang berazam untuk mendapat pencapaian terbaik dalam dunia blogger pada tahun hadapan. Semoga azam anda tercapai :)

Template baru untuk tahun 2014
Wajah baru SOP.NAME.MY tahun 2014
Untuk memulakan semangat baru untuk tahun 2014, template baru telah dicari. Beberapa hari juga mencari template yang diminati dan sesuai dengan konsep blog.

Setelah beberapa template telah dijumpai, proses penukaran pun bermula. Sop agak cerewet sedikit dengan template dan selalu tidak puas hati. Pada mulanya nampak menarik tetapi bila digunakan jadi tidak berminat pula.

Oleh sebab itu, proses penukaran template telah bermula awal lagi untuk proses pengubahsuaian mengikut cita rasa. Biasanya template yang diambil tidak memenuhi kehendak secara keseluruhan. Proses ubahsuai, semak koding, tambah itu ini akan memakan masa juga. Diharapkan tahun 2014 nanti template blog SOP.NAME.MY akan siap sepenuhnya.

Biasanya dengan wajah baru, semangat juga baru bukan?
Ada cadangan dan komen untuk template baru Sop ini?

Diharapkan banyak kejayaan yang boleh diperolehi dalam dunia blogging pada tahun 2014.

16 comments:

  1. sop cari kat website mana template yg cun tu? abe kie nak tukar gak template ni. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sop ambil kat http://www.templateism.com/ @Abe Kie :)

      Delete
  2. smpi bila2 pun xreti nak tukar templat..lantaklah mcm tu smpi jd nenek hahaha
    oklah tu sop..kemas n sejuk je mata iols tgk blog uols ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk? kalau kurang sejuk Sop tambah air corn lak.. kiki
      thx Sis El

      Delete
  3. nice la template ni.. xberat.. buat masa ni, ok je zizie tgk.. tp, kalau nk tmbh apa2, jgn kasi blog berat nak bukak, sudahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih zizie
      salah satu faktor pemilihan ialah lancar dan ringan :)
      sop sendiri x suka blog berat :)

      Delete
  4. Assalammualaikum...sop,

    terbaik lah sop... menarik tema blog nie.. boleh tiru nie,,,hehehe

    mselim3

    pls: x lah x baik tiru kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam MSelim3
      tiru pun xda masalah.. boleh jadi blog kembar... huhuh
      terima kasih.. :)

      Delete
  5. Template baru dengan semangat baru. :-)

    ReplyDelete
  6. template ni better sop...n nampak lebih kemas dan teratur... :)

    ReplyDelete
  7. Saya pernah nak guna template ni...tapi tengok2 blog Pa Ly dah guna jadi saya tak jadilah...[padahal masa tu malas nak adjust coding je :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. xjdi pakai template sperti dlm gambar
      seo kurang power berbanding skrg.. heheheh

      Delete


EmoticonEmoticon