Orientasi Tahun 1 Azwar di SK Taman Seri Rampai

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Orientasi Tahun 1 Azwar di SK Taman Seri Rampai
Azwar telah sedia untuk ke orientasi tahun 1
Semalam, banyak sekolah yang telah mengadakan Orientasi Tahun 1 termasuk sekolah Azwar iaitu Sk Taman Seri Rampai. Kami telah bersiap awal untuk Orientasi Tahun 1 ini. Sebelum ke sekolah, kami sempat singgah bersarapan dahulu di warung mamak.

Orientasi Tahun 1 Azwar di SK Taman Seri Rampai
Bersama rakan kelas Azwar
Orientasi Tahun 1 ini amat penting untuk murid-murid yang akan mengikuti persekolahan tahun 1. Ia memberi maklumat awal dan persediaan mengikuti persekolahan. Bagi yang mengikuti tadika atau belum bersekolah, ia merupakan pengalaman baru. Berbeza dengan Azwar yang telah mengikuti kelas Pra Sekolah di SK Taman Seri Rampai agak selesa dengan orientasi ini. Malah rakan-rakan dari Pra Sekolah masih ramai bersama Azwar.

Orientasi Tahun 1 Azwar di SK Taman Seri Rampai
Maklumat awal kepada ibubapa sangat penting
Orientasi Tahun 1 penting kerana ia memberi faedah kepada ibubapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah. Beberapa persediaan dapat dilakukan sebelum memulakan persekolahan. Maklumat yang berkaitan semasa sesi taklimat sangat membantu ibubapa untuk sesi persekolahan nanti.

Orientasi Tahun 1 Azwar di SK Taman Seri Rampai

Orientasi Tahun 1 2014 SK Taman Seri Rampai telah bermula pada jam 8.00 pagi. Ibubapa yang hadir mula mendapatkan senarai nama untuk melihat kelas anak masing-masing. Selepas itu, murid dikumpulkan mengikut kelas yang ditetapkan akan dibawa oleh guru-guru yang bertugas untuk sesi seterusnya seperti taklimat dan mengenali kawasan sekolah.

Ibubapa pula berada di dewan untuk sesi taklimat dan majlis perasmian Majlis Orientasi Tahun 1 oleh YDP PIBG SK Taman Seri Rampai. Majlis telah dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Bacaan doa, Ucapan Guru Besar, Taklimat J-Qaf dan Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG SK Taman Seri Rampai.

Tahniah kepada pihak sekolah yang telah berjaya mengadakan Orientasi Tahun 1 2014 dengan lancarnya.

Galeri gambar:

Orientasi Tahun 1 Azwar di SK Taman Seri Rampai
Beratur mengikut kelas

Orientasi Tahun 1 Azwar di SK Taman Seri Rampai
Muka teruja untuk bersekolah

Orientasi Tahun 1 Azwar di SK Taman Seri Rampai
Gelagat ibubapa

Orientasi Tahun 1 Azwar di SK Taman Seri Rampai
Bacaan doa

Orientasi Tahun 1 Azwar di SK Taman Seri Rampai
Ucapan Guru Besar

Orientasi Tahun 1 Azwar di SK Taman Seri Rampai
Taklimat J-QAF

Orientasi Tahun 1 Azwar di SK Taman Seri Rampai
Ucapan perasmian YDP PIBG
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
29 December, 2013 11:50 delete

semoga semua urusan berjalan lancar.. bersemangat azwar ke sekolah.. :D

Reply
avatar
Aisyah azizon
AUTHOR
29 December, 2013 22:33 delete

hehe..tgok ank abg sop , tringat zman darjah satu dlu, ayah surh brdiri tegak dgn pakain sek baru utk ambik gambar, muka msti xhappy -.-

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
30 December, 2013 08:17 delete

teringat pula zaman masa sekolah rendah dulu...banyak kenangan..tapi ada juga yang tak mampu nak ingat sebab dah lama sangat huhu

semoga azwar terus semangat dan gigih belajar :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
30 December, 2013 18:37 delete

ooo.. zaman sop dulu xda kamera :(
simpan buat kenangan anak2 utk besar nanti :)

Reply
avatar