16 December 2013

Menonton filem The Hobit 3D

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah menonton filem The Hobit?
Kami baru sahaja sempat menonton filem The Hobit baru-baru ini di MBO Festival City. Oleh kerana kami telah mempunyai cermin mata 3D, haruslah pilih The Hobit 3D. Lagipun harga tiket sama sahaja filem 3D atau tidak. Cermin mata 3D tidak perlu lagi kami beli :)

Menonton The Hobit 3D

Menonton 3D lebih kepuasan kerana gambar bukan sahaja jelas tetapi lebih 'real'. Kesan-kesan khas yang sering muncul dihadapan memberi kepuasan menonton yang maksima. Malah, beberapa kali kami terkejut dengan babak yang muncul dihadapan mata.

Filem The Hobit menjadi kegemaran kami berikutan dari cerita Lord Of The Ring (LOTR). The Hobit adalah sebahagian daripada cerita tersebut dan bagi yang mengikuti LOTR pasti dapat mengaitkan jalan cerita The Hobit tersebut.

Menonton The Hobit 3D

Pengembaraan cerita The Hobit adalah menarik. Penonton dibawa mengikuti pengembaraan tersebut ke satu dunia yang diluar jangkaan.

Keseluruhan cerita adalah mnarik cuma penamat yang kurang menarik kerana begitu tergantung. Nampak sangat ceritanya akan bersambung.

Ingin tahu jalan cerita The Hobit?
Kenalah ke pawagam yang berhampiran keran jika Sop telah kongsi, nanti kurang saspen. Hehehehe


EmoticonEmoticon