11 December 2013

Menonton filem Frozen 3D

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah menonton filem Frozen?
Sop baru sahaja menonton bersama keluarga hari minggu yang lalu. Atas desakan Azfar dan Azwar, kami akhirnya berpeluang menonton filem ini di MBO, Festival City.

Menonton filem Frozen 3D

Agak lama juga tidak menonton filem 3D ini kerana harga lebih mahal. Namun agak terkejut dengan harga tiket 3D di MBO kerana harga masih sama kecuali perlu membeli cermin mata 3D yang berharga RM3 satu. Selepas ini, boleh selalu layan filem 2D kerana tidak perlu lagi membeli cermin mata 3D dan harga tiket adalah sama.

Filem dalam bentuk 3D lebih menarik dengan kesan yang lebih benar dan menarik. Terdapat bahagian-bahagian sengaja dibuat untuk memberi kesan 3D.

Kembali kepada tentang filem Frozen yang mana filem yang menarik untuk ditonton. Filem kartun muzikal yang santai dan menarik. Terdapat bahagian-bahagian dimasukkan nyanyian untuk mengukuhkan jalan cerita. Sop suka sangat lagu-lagunya :)

Jalan cerita filem Frozen juga menarik dengan pelbagai elemen perasaan yang dimasukkan seperti kegembiraan, kesedihan, lawak dan sebagainya.

Kepada yang belum lagi menonton filem Frozen ini, bolehlah ke pawagam yang berhampiran. Sop cadangkan pilih Frozen 3D :)


EmoticonEmoticon