09 December 2013

Melancong ke Medan - Penutup

Selamat sejahtera kepada semua rakan

Setelah berkongsi beberapa entry mengenai Melancong di Medan, ini adalah entry terakhir trip kami untuk untuk tahun ini. Terima kasih kepada yang sudi mengikuti entry daripada awal hingga akhir.

Selepas daftar masuk ke Hotel Grand Kanaya, Medan kami sempat berehat dahulu sebelum keluar pada sebelah petangnya untuk melawat sekitar Bandar Medan.

Melancong ke Medan - Penutup

Destinasi kami pada petang tersebut ialah melawat Bika Ambom Zulaikan iaitu pengusaha kek yang terkenal di Medan. Sempatlah kami beli beberapa jenis kek untuk merasa keenakan kek tersebut.

Melancong ke Medan - Penutup

Kami kemudianya ke Istana Maimoon untuk melihat keindahan istana tersebut. Oleh kerana telah petang, Istana Maimoon telah ditutup untuk lawatan Kami sempat melihat di kawasan luar istana sahaja.

Destinasi terakhir kami ialah singgah ke Restoran Bakso Amat yang menjadi tumpuan pelancong dan warga Medan sendiri. Pengunjung tidak henti-henti untuk singgah menjamu selera di sini sehingga terpaksa berdiri menunggu tempat duduk. Bakso Amat bukan sahaja sedap tetapi juga murah :)

Melancong ke Medan - Penutup

Semasa perjalanan balik ke hotel, kami sempat melalui Merdeka Walk tetapi tidak singgah. Kami semua kepenatan dan masa untuk berehat.

Pada keesokan harinya selepas sarapan, kami terus daftar keluar dan singgah di Pasar Ikan, Medan. Pasar Ikan merupakan nama lama dahulu yang merupakan pasar menjual ikan tetapi kini ia merupakan pekan yang menjual pelbagai jenis barangan. Paling popular di kalangan pelancong ialah kain tudung, langsir dan pakaian.

Selesai melihat di sekitar Pasar Ikan, kami terus berangkat ke Lapangan Kualanamu untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Selesai sudah aktiviti pelancongan kami ke Medan, Indonesia untuk 4 hari 3 malam. Kos sepanjang percutian kami meliputi tiket penerbangan, pak supir, hotel, bot, makan minum dan berbelanja iaitu lebih kurang RM2000.00 untuk sekeluarga.

Melancong ke Medan - Penutup

Perkhidmatan Pak Supir yang kami gunakan sangat bagus dan dicadangkan kepada rakan-rakan yang hendak ke Medan, Indonesia.

Galeri gambar:

Melancong ke Medan - Penutup

Melancong ke Medan - Penutup

Melancong ke Medan - Penutup

Melancong ke Medan - Penutup

Melancong ke Medan - Penutup

Melancong ke Medan - Penutup


EmoticonEmoticon