Hari Orientasi Sekolah Rendah Agama Abu Ubaidah Al-Jarrah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari Orientasi Sekolah Agama Azwar
Bersama rakan sekelas
Pada akhir tahun, kebanyakkan sekolah akan mengadakan hari orientasi bagi murid baru yang akan mengikuti persekolahan pada tahun hadapan. Sebelum ini, Azwar telah mengikuti hari orientasi sekolah kebangsaan di SK Taman Seri Rampai. Kali ini, Azwar mengikuti hari orientasi tahun 1 di sekolah agama pula.

Pertamanya ucapan tahniah buat Sekolah Rendah Agama Abu Ubaidah Al-Jarrah kerana berjaya mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 untuk pertama kalinya. Sebelum ini, belum pernah diadakan hari orientasi ini di sekolah agama ini.

Hari Orientasi Sekolah Agama Azwar
Taklimat oleh Guru Besar Sekolah Rendah Agama Abu Ubaidah Al-Jarrah
Majlis orientasi telah dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat oleh guru besar sekolah agama tersebut. Murid-murid tahun 1 dibawa ke kelas untuk ujian bertulis oleh pihak sekolah. Ia bertujuan untuk menguji pengetahuan sedia ada murid.

Hari orientasi murid baru amat diperlukan oleh ibubapa untuk mendapat maklumat.

Selain itu, pada hari orientasi juga ibubapa boleh menguruskan perkara yang belum selesai di sekolah seperti membuat bayaran, pembelian buku dan urusan lain yang berkaitan.

Hari Orientasi Sekolah Agama Azwar
Azwar menjalani ujian bertulis

Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
31 December, 2013 11:06 delete

SK taman seri rampai yg dlm kwsn perumahan tu ek?

Reply
avatar
Elvy Nellysha
AUTHOR
02 January, 2014 23:27 delete

comelnya budak2 ni ..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
03 January, 2014 21:45 delete

terima kasih @Elvy
x-)

Reply
avatar