Berbaloi cuci motor dengan RM10?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Setiap hari harga barangan meningkat. Begitu juga dengan kos perkhidmatan yang juga sentiasa bertambah. Tidak hairan jika sekarang ini, kos kehidupan sangat tinggi :(

Kedai cuci kenderaan tempat Sop selalu pergi juga mengalami kenaikkan harga juga. Dari masa ke semasa terus meningat setiap kali harga barang naik. Terbaru ialah harga cucian motor telah menjadi RM10!

Berbaloikah mencuci sebuah motor dengan harga RM10?
Sebelum ini, rumah Sop agak sukar untuk mencuci motor kerana tiada sumber air dengan rumah ditingkat atas. Hendak atau tidak terpaksa hantar motor ke kedai untuk cuci. Itupun tunggu motor betul-betul kotor :)

Dari RM5 jadi RM7 dan kini RM10! Sungguh tidak berbaloi untuk hantar cuci di kedai. Jika cuci sendiri, jauh lebih berbaloi!

Sekarang ini, rumah Sop ada menyediakan kawasan khas untuk mencuci kenderaan. Tiba masanya untuk membuat aktiviti mengeluarkan peluh disamping berjimat :)

Berbaloi cuci motor dengan RM10?

Previous
Next Post »