07 November 2013

Rajin sungguh anak papa

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anak-anak yang sedang membesar akan cuba belajar daripada ibubapa atau sesiapa yang berada di sekelilingnya. Setiap perbuatan akan cuba diikuti untuk merasai pengalaman tersebut. Oleh itu, pastikan tunjuk yang baik-baik kerana setiap perkara akan cuba diikuti oleh anak-anak.

Kes terbaru Auni ialah membantu neneknya menggosok baju. Mungkin menarik agaknya aktiviti menggosok baju sehingga nenek (mertua Sop) pun tidak dapat menggosok. Baru sahaja keluarkan sterika, Auni dahulu yang ambil menggosok :)

Setakat ini, banyak kerja rumah yang cuba Auni buat seperti menyapu, mop lantai dan vacuum rumah. Semua Auni hendak buat sehinggakan kami sendiri tidak kesempatan hendak buat. Rajin sungguh anak papa bukan?

Harap-harap akan rajin sehingga ke besar :)


Rajin sungguh anak papa

Rajin sungguh anak papa

Rajin sungguh anak papa


EmoticonEmoticon