23 November 2013

Platinum Movie Suites

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah singgah menonton filem di Platinum Movie Suites?
Ini adalah pengalaman pertaman kami sekeluarga menonton di Platinum Movie Suites, Cathay Cineplexes, eCurve, Damansara.

Sebelum ini pernah dengar cerita dan terbaca pada blog sahaja mengenai Platinum Movie Suites ini. Teringin juga hendak merasai sendiri bukan?

Apa yang menarik di Platinum Movie Suites?
Kemudahan yang disediakan di Platinum Movie Suites sungguh hebat. Sop kagum dengan ruangan menunggu yang cukup selesa kepada pengunjung. Sementara menunggu waktu tayangan, pelanggan boleh mendapatkan minuman percuma yang disediakan, melayari internet dengan komputer disediakan, WiFi percuma, ruangan membaca dan menggunakan kerusi urut yang disediakan.

Pengalaman berada di Platinum Movie Suites cukup mewah. Paling hebat ialah kerusi menonton yang cukup mewah dengan boleh laras dari duduk sehingga baring. Jika anda kurang selesa, bantal dan selimut ada disewa atau beli.

Untuk memesan makanan dan minuman semasa menonton, hanya tekan butang dan menu akan disediakan. Penonton boleh nikmati filem sambil makan-makan dengan menu yang menarik.

Harga tiket untuk menonton di Platinum Movie Suites ini ialah RM 25 pada hari biasa dan RM 40 pada hari minggu. Harga cukup tinggi sesuai dengan kemewahan yang disediakan.

Kepada yang ingin membuat kejutan, buat sambutan istimewa, ada mengambil hari pasangan, Platinum Movie Suites ini sangat sesuai. Hehehehe

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.cathayholdings.com.my/cineplexes/platinum_1.html

Galeri gambar:

Platinum Movie Suites

Platinum Movie Suites

Platinum Movie Suites

Platinum Movie Suites

Platinum Movie Suites

Platinum Movie Suites

Platinum Movie Suites

Platinum Movie Suites

Platinum Movie Suites

Platinum Movie Suites


EmoticonEmoticon