09 November 2013

Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar

Majlis Tautan Muhibbah Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar telah berlangsung pada 8 November 2013 di Danau Golf Club, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor pada jam 7.30 malam hingga 10.00 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (diwakili oleh Timbalan Presiden iaitu Tn. Hj Md Sahar Bin Mat Din).

Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar
Pimpinan doa oleh Tn Hj Sobri Saad
Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar telah dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis dan seterusnya bacaan doa.

Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar
Ucapan oleh Tn. Hj. Muhamad Khanafi bin Husin
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tn. Hj. Muhamad Khanafi bin Husin, Pengarah Urusan Kumpulan Al Ansar. Ucapan ringkas beliau telah menyentuh tentang kejayaan-kejayaan Kumpulan Al Ansar dan kerjasama antara Kumpulan Al Ansar dengan Makassar. Program eQurban di Kemboja contohnya telah berjaya mengumpul sebanyak 1400 ekor lembu semasa sambutan Aidiladha yang lepas. Cawangan Al Ansar juga telah dibuka hampir di seluruh Malaysia dan akan terus bertambah. Antara petikan ucapan beliau adalah seperti berikut:
Jalinan serumpun bahasa ini amat dialukan untuk pihak samada Al Ansar,  DPIM atau Makassar untuk saling lengkap melengkapi dalam pengetahuan dan ilmu business. Ingin saya umumkan pada hari ini pihak DPIM bersetuju menerima pelajar-pelajar vokasional untuk mengadakan latihan praktikal dalam bidang vokasional untuk 3 hingga 6 bulan ini. Sebagai balasan, pihak Biro Keusahawan Muda DPIM akan ke Makassar pada bulan Mac dan April tahun balas untuk kunjungan balas.
Tn. Hj. Muhamad Khanafi bin Husin juga memaklumkan bahawa Al Ansar Health Sdn Bhd yang baru-baru ini dilancarkan secara rasmi memorandum persefahaman dua syarikat suplemen kesihatan Sinar Permata Resources dan Magnetic Aura Sdn Bhd, dan Al Ansar Health telah mempunyai 8 cawangan iaitu di Setiawangsa, Johor Bahru, Kajang, Shah Alam, Sg Petani, Parit Buntar, Kuala Terengganu  dan Kota Bahru. Hasil jualan keseluruhan untuk Al Ansar Health mencapai sehingga 500 ribu ringgit sebulan. Al Ansar juga bercadang untuk membuka cawangan terbaru di Kuantan dan Ipoh bagi mengisi permintaan di kawasan terbabit.

Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar
Ucapan Pak Rashidi

Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar
Ucapan Pak Yunus
Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar diteruskan dengan ucapan oleh pihak Makassar iaitu Pak Rashidi dan Pak Yunus. Mereka telah bercerita ringkas tentang Makassar dan peluang-peluang ekonomi yang terdapat di sana. Hubungan yang telah terjalin selama ini akan diteruskan dengan melaksanakan beberapa program yang berkaitan seperti latihan industri, kerjasama perdagangan, perkongsian pintar dan sebagainya.

Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar
Tn. Hj. Sahar bin Mat Din, Timbalan Presiden DPIM
Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Sahar bin Mat Din, Timbalan Presiden DPIM mewakili Yang Berbahagia Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden DPIM. Beberapa isu penting yang disampaikan beliau mengenai hubungan kerjasama antara Malaysia dengan Makassar khususnya. Peluang kerjasama ini perlu diperluas bukan sekadar dalam perniagaan tetapi bidang-bidang lain seperti pendidikan, kemahiran, teknologi, maklumat dan sebagainya.

Tn. Hj. Sahar bin Mat Din, Timbalan Presiden DPIM
Laman Kedai Online Al Ansar Health
Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar seterusnya melancarkan kedai Online Al Ansar Health yang merupakan kemudahan tambahan kepada pelanggan untuk mendapatkan produk Al Ansae Health. Kedai Online AL Ansar Health ini membolehkan pelanggan terus mendapatkan produk secara talian. Sejajar dengan perkembangan teknologi, kedai online sangat membantu pelanggan untuk mendapatkan produk dengan lebih mudah. Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Online Al Ansar, sila layari http://alansarhealth.com/shop/

Tn. Hj. Sahar bin Mat Din, Timbalan Presiden DPIM
Perjanjian persefahaman
Seterusnya Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar diteruskan dengan menandatangani perjanjian persefahaman antara Kumpulan Al Ansar dengan Makassar.

Tn. Hj. Sahar bin Mat Din, Timbalan Presiden DPIM
Penyampaian sijil penghargaan
Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pihak Makassar, Al Ansar dan DPIM. Seterusnya Tn. Hj. Amir menyampaikan sijil penghargaan kepada mereka yang bersama menjayakan dan mendapat rujukan tertinggi program eQorban. Sumbangan RM1,000.00 ringgit juga disampaikan kepada Rumah Kebajikan Ruhaiyah oleh Tn. Haji Amir.

Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar

Majlis Tautan Muhibbah DPIM - Makassar & Majlis Kesyukuran Kumpulan Al Ansar diakhiri dengan jamuan makan dan persembahan oleh Muadz dan Damai.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Al Ansar, sila layari http://kumpulanalansar.com/

Galeri gambar sekitar majlis, sila lawat album Facebook


EmoticonEmoticon