16 November 2013

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SK Taman Seri Rampai (SKTSR) telah berlangsung semalam di dewan terbuka sekolah. Majlis yang cukup penting kepada pelajar dan guru untuk diberi pengiktirafan atas kecemerlangan yang dilakukan.

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR ini telah dirasmikan oleh Pegawai Khas YB Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa. YB Dato' tidak dapat hadir kerada ada urusan rasmi lain. Sop hadir ke majlis ini pula kerana dalam majlis ini terdapat Majlis Graduasi Pra Sekolah. Azwar merupakan murid pra sekolah di sini.

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR

Ketibaan tetamu VIP pada jam 8.30 pagi dibawa ke dewan dengan paluan kompang. Tetamu dihiburkan dengan tarian Selamat Datang oleh murid-murid tahun 4 dan 5.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Guru Besar dan Ucapan Wakil YB Dato' Ahmad Fauzi Zahari dan seterusnya merasmikan majlis dengan paluan gong.

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada 7 tokoh murid SKTSR dalam pelbagai bahagian seperti akademik, kokurikulum, nilam dan sahsiah. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah Khas Guru Besar kepada guru-guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang.

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR

Detik yang ditunggu oleh Sop telah tiba dalam Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR iaitu graduasi murid Pra Sekolah yang mana penyampain sijil kepada murid pra oleh tetamu VIP sekolah. Penyampaian sijil tersebut menandakan telah rasminya murid pra sekolah telah tamat persekolah di kelas pra sekolah.

Terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya guru pra sekolah yang telah mengajar Azwar selama setahun. Walaupun Azwar tidak menerima anugera pelajar cemerlang pra sekolah tetapi berdasarkan buku rekod, pencapaian Azwar semua telah menguasai.

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR diterus dengan penyampaian anugerah-anugerah lain seperti murid mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR, cemerlang dalam kelas dan sebagainya.

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR
Persembahan nyanyian oleh murid Pra Sekolah

Dalam masa yang sama, setiap penyampaian kategori anugerah akan dihentikan dengan selingan persembahan. Murid pra sekolah turut terlibat membuat persembahan tersebut.

Tahniah kepada sekolah SKTSR yang telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2013 dengan lancar. Sambutan ibubapa sangat menggalakkan kerana kehadiran ibubapa memenuhi dewan.

Galeri gambar:
Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR

Majlis Anugerah Cemerlang 2013 SKTSR

Lagi gambar sekitar acara di Album FB


EmoticonEmoticon