31 October 2013

Toyota Vios baharu yang menawan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah lihat Toyota Vios baharu?
Sop baru sahaja berpeluang melihat dengan dekat Toyota Vios baharu beberapa hari yang lepas di AEON Wangsa Maju. Sebelum ini telah lihat melalui gambar-gambar sahaja.

Toyota Vios baharu yang menawan

Setelah melihat sendiri di depan mata, baru berpuas hati dan boleh membuat penilaian sebenar. Jika dilihat dalam gambar, Toyota Vios baharu memang menarik tetapi dilihat depan mata, kelihatan lebih menarik :)

Toyota Vios baharu ini jauh berbeza dengan model Toyota Vios sebelum ini. Beberapa perubahan boleh dilihat dari segi bentuk, hiasan dalaman dan saiz. Sop suka dengan bentuk Toyota Vios baharu ini kerana kelihatan lebih sporty dan mantap. Beberapa ciri lain juga dinaik taraf seperti butang start injin, screen LCD, GPS dan lain-lain.

Harga juga tidak jauh berbeza berbanding harga Toyota Vios sebelum ini. Memang berbaloi kepada mereka yang ambil Toyota Vios baharu ini.

Nota kaki: Rasa jauh ketinggalan Vios Sop :(

Galeri gambar:
Toyota Vios baharu yang menawan

Toyota Vios baharu yang menawan

Toyota Vios baharu yang menawan

Toyota Vios baharu yang menawan

Toyota Vios baharu yang menawan


EmoticonEmoticon