28 October 2013

Time To Muxic with Xplay 2013

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Time To Muxic with Xplay 2013

Pernah dengar tentang Time To Muxic with Xplay?
Time To Muxic with Xplay kini kembali untuk memeriahkan parti dengan dimensi baru dan muzik hebat.
#timetomuxic #xplay2013

Bulan November ini, Xplay kembali akan menggegarkan bandar Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur dengan DJ Antarabangsa yang terkenal seperti berikut:

Tarikh: 1 November 2013
Tempat: Soju Room, Penang
DJ: DJ Agent Smith, DJ Gianni Marino dan DJ Xu

Tarikh: 8 November 2013
Tempat: Borneo Convention Center, Kuching
DJ: DJ Sidney Samson, DJ Lil Jon dan DJ Project E.A.R

Tarikh :16 November 2013
Tempat: BED, Kota Kinabalu
DJ: DJ Jam, DJ Noodle dan DJ Jerryca

Tarikh: 30 November 2013
Tempat: Rootz, Kuala Lumpur 
DJ: DJ Jewelz & Scott Sparks, DJ Da Candy dan DJ Nasty & Guru-guru

Bersedia untuk berparti di Time To Muxic with Xplay 2013?
Nantikan kemeriahan muzik yang terhebat dengan DJ yang terhangat, paparan lampu lazer dan LED dancefloors seperti tarikh yang dinyatakan di atas.

Bagaimana hendak sertai parti Time To Muxic with Xplay 2013?
Pas masuk adalah PERCUMA!
Apa yang perlu anda lakukan ialah daftar di http://www.xpax.com.my/xplay2013 untuk berpeluang mendapat 2 pas masuk secara PERCUMA!

Kepada anda yang berminat untuk mengikuti parti yang akan berlangsung tersebut, jangan lepaskan peluang untuk mendapat jemputan tersebut. Sertai kemeriahan musik dengan parti yang meriah bersama rakan-rakan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Time To Muxic with Xplay 2013, sila layari http://www.xpax.com.my/xplay2013

DJ Agent Smith
DJ Agent Smith
Tentang DJ Agent Smith
Agent Smith merupakan deejay yang bertapak di Hollywood. Seorang deejay yang berpengalaman dalam bidang muzik mampu menggabungkan muzik mengikut parti dan menghidupkan suasana. DJ Agent Smith juga pernah menghiburkan pengunjung kelab di Las Vegas. Selain itu beliau juga  telah membuat persembahan di beberapa negara seperti Jepun, Taipei dan Singapura.

Maklumat lanjut tentang DJ Agent Smith http://itsagentsmith.com/about

DJ Sidney Samson
DJ Sidney Samson

Tentang DJ Sidney Samson
Bermula dunia DJ pada tahun 1995 pada umur 14 tahun di kelab tempatan. Pada tahun 2003, beliau mula membuat persembahan di kelab terbesar di Holland. Pada tahun 2007, beliau semakin mencipta nama dengan menegeluarkan beberapa album dan mendapat sambutan hangat.  Sehingga sekarang, DJ terus mecipta nama dan membuat persembahan di beberapa negara.

Maklumat lanjut, sila layari http://sidneysamson.com/biography

DJ JAM

Tentang DJ JAM
Bermula DJ secara profesional sejak berumur 15 tahun. Pada umur 16 tahun telah mencapai kejayaan dengan menjadi DJ kolej. Beliau seterusnya menjadi DJ komersil dan menyertai beberapa pertandingan DJ. Beliau mendapat Ijazah dalam bidang muzik terus menempah nama dalam bidang DJ dan membuat persembahan di kelab-kelab terkenal.

Maklumat lanjut, sila layari http://djjam.com/about/

DJ Jewelz & Scott Sparks
DJ Jewelz & Scott Sparks
Tentang DJ Jewelz & Scott Sparks
DJ Jewelz & Scott Sparks merupakan pemuzik berdua dari Jerman yang telah membuat di beberapa negara. Telah mengeluarkan beberapa album yang cukup popular dengan Flamingo Recordings, Hollands superstar Fedde Le Grand dan Cr2 Records. DJ Jewelz & Scott Sparks mempunyai identiti musik yang tersendiri yang pasti akan menghidupkan suasana parti.

Maklumat lanjut, sila layari https://soundcloud.com/jewelzandscottsparks


Gianni Marino
Gianni Marino
DJ Gianni Marino
DJ Gianni Marino merupakan DJ dari Amsterdam mempunyai bakat besar dalam bidang DJ dan mempunyai gabungan muzik yang tersendiri. Beliau berusia 23 tahun ini telah membuat remix bersama artis terkenal seperti Wacka Flocka, Chain Gang, Mike Posner, Lil Wayne dan supercool Nouveau Yorican.

Maklumat lanjut di http://www.gianni-marino.com/about.html

DJ Lil Jon
DJ Lil Jon
Tentang DJ Lil Jon
DJ Lil Jon merupakan DJ Antarabangsa berasal dari kumpulan Lil Jon & The East Side Boyz. Telah mengeluarkan beberapa album sejak dari tahun 1997 hingga 2004. Beliau mula bergerak solo pada tahun 2010 dengan mengeluarkan album Crunk Rock.

Maklumat lanjut, sila layari http://en.wikipedia.org/wiki/Lil_Jon


DJ Xu
DJ Xu
Tentang DJ Xu
DJ Xu adalah sebahagian daripada kumpulan Dj yang membawa muzik Indie  yang unik dan telah menjadi DJ jemputan di banyak parti. Beliau yang banyak membuat persembahan di Kuala Lumpur merupakan ahli kumpulan Twilight Actiongirls juga  telah memenangi
Best New Local Night in local club entertainment JUICE pada 2004 serta telah merampas untuk kategori Best Local Club Night dan Most Up For It Crowd di JUICE untuk tahun 2005.


Project E.A.R.
Project E.A.R.

Tentang Project E.A.R.

Project E.A.R. (East Asian Revolution) merupakan kumpulan gabungan dari bands 5 negara iaitu Ahli Fiqir dari (Singapore), Pop Shuvit dari (Malaysia), Saint Loco dari (Indonesia), Thaitanium dan Silksounds dari (Thailand) serta Slapshock dari (Philippines). Mereka popular dengan lagu "Marabahaya" telah membuat persembahan di MTV Asia tahun 2008

DJ Noodles
DJ Noodles
DJ Noodles
DJ Noodles merupakan DJ perempuan pertama menyertai kejohanan DMC DJ. Beliau yang pernah membuat konsert bersama BLACK EYED PEAS di Taiwan merupakan DJ 20 terbaik dunia. DJ Noodles telah membuat persembahan di beberapa negara seperti Tokyo, Jepun, Seoul, Korea, Hong Kong, China, Jakarta, Indonesia,  Melbourne, Sydney, Australia, the U.S. city of Los Angeles dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut di http://www.dj-noodles.com/?page_id=124#



DJ Jerryca
DJ Jerryca memulakan dunia DJ sejak tahun 2002 dan telah membuat persembahan di Malaysia seperti Modesto's Ice Bar, Bar Med a.k.a. Dragon Bar, Rush @ Eastin Hotel, Bambo9 TTDI Plaza, Bar Celona Sunway, Titanium Super Dance Club in Damansara, Trilogy Seremban, Maison Heritage, Bed Heritage, Bar Club Heritage, Seven Ate Nite at Ascott, Safari Genting Highlands,3 Kingdom Soho Mont Kiara serta Dolce & Cabana di Johor Bahru. Selain itu, beliau juga pernah beraksi di negara Melbourne, Singapore, Cambodia dan lain-lain.


DJ CA Candy
DJ CA Candy

DJ CA Candy
DJ Da Candy merupakan The Hottest  International Female DJ, produser, model, penyanyi, MC dan penari. Mula menjadi DJ bertaraf antara bangsa sejak 3 tahun lepas dan telah beraksi di beberapa kelab utama di negara UAE, Switzerland, France, China, Philippines, Sri Lanka, India, Turkey and Russia.

Maklumat lanjut, sila lawat http://djdacandy.com.ua/

DJ Nasty & GuruGuru
DJ Nasty & GuruGuru

DJ Nasty & GuruGuru
DJ Nasty & GuruGuru merupakan DJ Duo dari Malaysia yang banyak membuat persembahan di Kuala Lumpur. Mereka juga dikenali dengan Bass Agents sebelum bertukar kepada DJ Nasty & GuruGuru. DJ Nasty & GuruGuru meminati dunia DJ kerana boleh mengembara dan berjumpa dengan kenalan baru. 


EmoticonEmoticon