14 October 2013

Restoran D'Arab Cafe, Selera Duta, Kuala Lumpur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anda peminat makanan Arab?
Restoran D'Arab Cafe merupakan restoran yang tidak asing lagi kepada peminat makanan Arab. Terdapat banyak cawangan Restoran D'Arab Cafe ini dan salah satunya ialah yang terletak di atas atas Selera Duta, Kuala Lumpur.

Restoran D'Arab Cafe, Selera Duta, Kuala Lumpur

Ini adalah kali pertama Sop singgah di Restoran D'Arab Cafe, Selera Duta, Kuala Lumpur ini untuk makan tengah hari. Ini adalah kali pertama juga Sop mencuba nasi Arab yang dihidang dalam dulang :) Walaupun dihidang di dalam dulang tetapi kami masih makan di dalam pinggan. Kalau dapat dimakan dalam dulang tersebut lagi menarik bukan?

Restoran D'Arab Cafe, Selera Duta, Kuala Lumpur

Walaupun Restoran D'Arab Cafe, Selera Duta, Kuala Lumpur menyediakan pelbagai jenis makanan Arab tetapi apa yang nampak hanyalah nasi Arab. Agak jarang pelanggan ke Restoran makanan Arab makan selain nasi Arab (kecuali orang Arab la kot).

Restoran D'Arab Cafe, Selera Duta, Kuala Lumpur

Restoran D'Arab Cafe, Selera Duta, Kuala Lumpur menyediakan Nasi Arab secara dulang untuk hidangan tiga orang tetapi bagi Sop ia boleh untuk 4 atau 5 orang. Jumlah nasi cukup banyak untuk 1 dulang tersebut. Harga untuk sedulang nasi Arab ialah RM35 sahaja.

Selain secara dulang, Restoran D'Arab Cafe, Selera Duta, Kuala Lumpur juga menyediakan nasi Arab secara pinggan. Takkan datang seorang hendak makan 1 dulang bukan? Hehehe

Rasa nasi Arab di Restoran D'Arab Cafe, Selera Duta, Kuala Lumpur ini sedap sama seperti nasi Arab di restoran-restoran lain.

Restoran D'Arab Cafe, Selera Duta, Kuala Lumpur

Sop juga tertarik dengan minuman teh herbal yang terdapat di Restoran D'Arab Cafe, Selera Duta, Kuala Lumpur ini.

Restoran D'Arab Cafe, Selera Duta, Kuala Lumpur


EmoticonEmoticon