20 October 2013

Pengering dobi membantu ketika musim hujan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hujan rahmat kian hari membasahi Kuala Lumpur. Alhamdulillah, tidaklah panas Kuala Lumpur dan jerubu pun hilang. Beberapa hari juga terpaksa mandi hujan ketika balik kerja :)

Hujan beberapa hari ini menyebabkan pakaian yang dijemur sukar kering. Biasa jemur malam, balik kerja atau malam baru angkat tetapi apabila hujan petang tidak sempat angkat jemuran basah kembali :(

Nasib baik dekat rumah ada dobi layan diri yang menyediakan mesin pengering. Dengan RM4 untuk 25 minit keringan sangat membantu untuk mengeringkan pakaian. Pakaian tidak kering kerana tiada masalah. Sesuai dengan slogan kedai dobi ini "Tidak kira apa jua cuaca, JJ Express memastikan pakaian anda sentiasa bersih, harum dan kering"

Bukan Sop sahaja yang menggunakan mesin pengering ini kerana ramai pelanggan lain yang juga membawa pakaian yang telah dibasuh untuk dikeringkan. Ada juga yang cuci terus di sini :)

Kalau dapat beli satu pengering letak dekat rumah best juga ni kan? Hehehe


EmoticonEmoticon