Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 3

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Entry mengenai Mengikuti Kursus Marshall di Melaka bersambung ke Bahagian 3 yang mana sebelum ini, hanya sempat dikongsikan Bahagian 1 dan Bahagian 2 sahaja.

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 3

Setelah selesai sesi pagi dan petang, pada sebelah malam punya diadakan konvoi untuk tunjukcara pengendalian oleh pihak Marshall dan Polis Trafik. Sebelum bermula konvoi, peserta telah diberi taklimat tentang fungsi dan peranan Marshall ini.

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 3

Peserta hanya menjadi peserta konvoi pada malam tersebut dan pihak MMC yang menjadi Marshall sepenuhnya. Perjalanan konvoi bermula pada jam 10.30 malam mengelilingi sekitar Melaka dengan laluan hampir 80KM. Peserta boleh melihat bagaimana Marshall berfungsi dan memainkan peranan dalam konvoi tersebut. Konvoi malam tersebut telah tamat pada jam 12.00 malam.

Pada keesokkan harinya, Kursus Marshall di teruskan dengan ujian pengendalian motor menggunakan laluan yang disediakan. Kami telah di bawa ke MITC yang mana terdapat kawasan lapang. Peserta diberi taklimat dengan laluan-laluan yang perlu dilalui. Kemudian, semua peserta perlu melalui ujian tersebut.

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 3

Ujian tidak sukar tetapi ada juga motosikal yang terjatuh. Tujuan ujian ini ialah untuk menguji kawalan motosikal oleh setiap penunggang.

Selesai semua peserta membuat ujian, kami diberi taklimat sekali lagi untuk aktiviti konvoi. Kali ini konvoi akan diuruskan oleh peserta yang bertindak sebagai Marshall. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk bertugas sebagai Marshall mengikut checkpoint nanti.

Pada awalnya perjalanan konvoi berjalan lancar tetapi kemudian tersangkut apabila pihak Polis Trafik yang bertugas terlepas daripada kawalan konvoi. Pada hari Ahad, jalan raya Melaka agak sibuk dan bantuan 3 Polis Trafik tidak mampu mengawal konvoi yang hampir 80 motosikal tersebut.

Ketika ini Marshall berfungsi untuk mengawal perjalanan konvoi sehingga sampai ke destinasi.

Setelah perjalanan yang agak jauh, kami sampai ke destinasi.

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 3

Perjalanan dalam kumpulan yang ramai menyebabkan kesesakan lalulintas. Pihak Polis telah mendapat aduan daripada pengguna jalan raya menyebabkan konvoi seterusnya dibatalkan. Kumpulan yang besar telah diperkecilkan untuk mengelak berlaku kesesakkan jalan raya.

Konvoi kembali ke tempat berkursus kini tanpa kawalan Polis Trafik. Ketika ini, pihak MMC menunjukkan cara konvoi tanpa bantuan pihak Polis. Kami boleh belajar 2 perkara daripada konvoi tersebut iaitu konvoi dengan bantuan Polis dan juga dengan Marshall sahaja. Kami tiba di JPAM Melaka dengan selamat.

Pada petang tersebut juga diadakan maklumbalas daripada ujian pemanduan dan konvoi yang diadakan. Beberapa penambahbaikan dan cadangan diberikan oleh pihak Polis yang bersama aktiviti tadi.

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 3

Selepas majlis penyampaian sijil, semua peserta bersurai. Sop dan rakan EduRiders@KL telah singgah di R&R Jenantas Ayer Keroh sebelum terus kembali ke rumah. Sop tiba di rumah pada jam 9.30 malam.

Galeri gambar:
Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 3

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 3

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 3

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 3

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 3

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 3

Gambar penuh, sila lawat galeri FB
Previous
Next Post »