Kisah Hot Spring Sungkai, Perak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah ke Hot Spring Sungkai, Perak?
Sop belum pernah pergi dan kali pertama baru hendak singgah. Perancangan diatur semasa hendak ke rumah Opah Mrs Sop dan bercadang untuk singgah berkelah.

Dalam perjalanan, Sop telah terlepas exit Sungkai dan terpaksa berpatah balik dari exit Tapah. Tiba di Hot Spring Sungkai, Perak, kami mula mencari parking dan bergerak ke kaunter tiket. Tiba di kaunter tiket, baru terbaca papan notis yang menyatakan makanan, minuman tidak dibenarkan dibawa masuk. Oh tidak! Bekalan makanan banyak juga dibawa kononnya untuk berkelah.

Kisah Hot Spring Sungkai, Perak

Pada pandangan kami, kawasan Hot Spring Sungkai, Perak seperti kawasan perkelahan lain yang boleh makan bawa makanan dan minuman. Rupanya kami silap, Hot Spring Sungkai, Perak ini bagaikan taman tema lain yang tidak dibenarkan membawa makanan!

Akhirnya kami terpaksa membatalkan niat kami untuk mandi manda di Hot Spring Sungkai, Perak. Makanan tengah hari gak banyak hendak ditinggalkan dan masuk ke Hot Spring Sungkai, Perak. Kami pun terus ke rumah opah Mrs Sop yang terletak di Malim Nawar dan berkelah di sana. Hajat untuk mandi manda air panas tidak tercapai.

Nampaknya kami kena rancang ke Hot Spring Sungkai, Perak lain kali dengan tidak membawa makanan atau terus menginap di Felda Residen Hot Spring Sungkai, Perak.

Galeri gambar:

Kisah Hot Spring Sungkai, Perak

Kisah Hot Spring Sungkai, Perak

Kisah Hot Spring Sungkai, Perak

Previous
Next Post »