Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pada hari Sabtu 12 Oktober 2013, telah berlangsung Karnival SK Taman Seri Rampai 2013. Anak-anak tidak sabar hendak ke sekolah untuk Karnival SK Taman Seri Rampai 2013 tersebut terutamanya Azwar.

Atur cara Karnival SK Taman Seri Rampai 2013 adalah seperti berikut:

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Kami sekeluarga telah ke Sk Taman Seri Rampai pada jam 8.00 pagi dan ketika itu murid dan ibubapa telah ramai telah hadir.

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013 sangat meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid dan ibubapa.

Tahniah kepada pihak SK Taman Seri Rampai kerana berjaya menganjurkan Karnival SK Taman Seri Rampai 2013 yang cukup meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. Banyak permainan yang boleh murid-murid cuba seperti bola air, basikal driff, paintball, rumah hantu, face painting dan sebagainya. Azfar dan Azwar hanya sempat bermain beberapa permainan sahaja. Kesemua permainan perlu beratur panjang! Hehehe

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Selain permainan, cabutan bertuah juga sangat meriah dengan hadiah yang ditawarkan seperti hamper dan barangan elektrik seperti TV 42", kipas, vacum, periuk dan sebagainya. Lebih 50 hadiah juga jika tidak salah Sop :) Cabutan dibuat secara berperingkat-peringkat. Setiap set kupon yang dibeli layak menyertai 1 penyertaan cabutan bertuah. Sop hanya sempat tunggu 2 kali cabutan sahaja kerana selepas itu kami beransur pulang :)

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Gerai makanan juga ada di Karnival SK Taman Seri Rampai 2013. Kami sempat bersarapan di Karnival SK Taman Seri Rampai 2013. Menu yang menjadi pilihan ialah nasi lemak, mee sup, laksa, roti john dan kuih muih. Meriah juga menu yang ada di jual pada Karnival SK Taman Seri Rampai 2013 tersebut.

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Selain itu, agensi luar turut bersama-sama sertai Karnival SK Taman Seri Rampai 2013 seperti pusat jualan kereta Proton, SSPN, CIMB, kedai buku dan lain-lain.

Secara keseluruhan,Karnival SK Taman Seri Rampai 2013 sangat meriah dan menarik. Semoga objektif penganjuran Karnival SK Taman Seri Rampai 2013 tercapai :)

Galeri gambar:

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Karnival SK Taman Seri Rampai 2013

Gambar penuh, sila lawat Galeri Gambar FB di sini
Previous
Next Post »