Beg galas Deuter murah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Jenama Deuter tidak asing lagi kepada pengguna di negara ini Jenama yang cukup unggul dengan kualiti yang diyakini.

Sop mula mengenali jenama Deuter ini semasa aktif dalam sukan memanjat bukit/gunung yang mana rakan-rakan kebanyakkan menggunakan jenama Deuter. Dimaklumkan jenama Deuter ini sangat bagus dari segi ketahanan. Rata-rata pengguna jenama Deuter puas hati degan prestasi barangnya.

Selain itu, design jenama Deuter juga sangat hebat dan menarik. Sekali lihat pasti akan jatuh hati dengan design jenama Deuter ini. Design direka bukan sekadar cantik tetapi datang dengan fungsi yang tersendiri.

Beg galas Deuter murah
Promosi potongan 50%
Baru-baru ini terdapat promosi barangan perkhemahan dan basikal di AEON Alpha Angle Wangsa Maju. Terdapat banyak jenis barangan yang dipromosi termasuk backpack Deuter. Pandangan terus melekat pada papan promosi potongan 50% beg jenama Deuter. Tawaran yang cukup hebat!

Beberapa bentuk backpack yang berkenan dihati tetapi apabila melihat kepada keperluan hanya 1 sahaja yang diperlukan. Jika merujuk kepada harga promosi memang hendak beli beberapa biji backpack yang ditawarkan. Sabar-sabar :)

Setelah membelek-belek backpack yang paling berkenan, akhirnya dapatlah 1 beg galas Deuter yang paling sesuai. Harga asal ialah RM269.00 dan selepas potongan 50% ialah RM 134.50 sahaja. Harga yang cukup murah jika dibandingkan dengan harga asal. Lagipun, bukan senang hendak dapat jenama Deuter dengan harga promosi ini.

Beg galas Deuter murah
Backpack laptop jadinya :)
Walaupun backpack ini dibuat untuk sukan berbasikal tetapi ia sangat sesuai untuk kegunaan laptop. Ia telah tersedia ruang laptop di dalamnya. Paling penting, ia sesuai dengan Sop yang sering bermotosikal ke sana sini membawa laptop.

Untuk makluman, promosi ini tamat pada Ahad lepas :)

Ingin mengetahui sejarah jenama Deuter, sila rujuk sini http://www.deuter.com/en/DE/html/834-836/ourhistory.html
Previous
Next Post »