30 October 2013

Basikal terpakai untuk Azfar dan Azwar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Aktiviti berbasikal sangat digemari oleh Azfar dan Azwar. Sebelum ini, ada Sop kongsikan yang Azfar dan Azwar telah boleh berbasikal tanpa tayar sokongan. Kini, basikal tersebut sudah kecil dan tidak sesuai lagi dengan mereka.

Pada sebelah petang, Azfar dan Azwar selalu bermain dengan rakan-rakan di kawasan rumah mak mertua. Ada beberapa rakan yang mempunyai basikal dan biasanya Azfar dan Azwar hanya meminjam basikal mereka.

Oleh kerana kesian melihat Azfar dan Azwar yang perlu meminjam dan kadang-kadang hanya berlari mengekori rakan meraka, kami akhirnya ke kedai basikal untuk mendapatkan basikal terpakai. Kawasan rumah Sop ada kedai basikal yang menjual basikal terpakai. Basikal tersebut biasanya di'trade in' oleh pembeli yang ingin menukar basikal baru.

Basikal terpakai untuk Azfar dan Azwar
Basikal Azwar
Basikal yang di'trade in' biasanya dibaiki dan dijual kembali kepada pembeli yang berminat. Kami hanya dapatkan basikal terpakai untuk Azfar dan Azwar kerana basikal ini khas ditinggalkan di rumah nenek. Basikal terpakai pun sudah memadai untuk bermain. Walaupun tidak baru tetapi masih berfungsi dengan baik. Azfar dan Azwar juga tidak kisah apabila dimaklumkan hendak membeli basikal terpakai.

Kelebihan basikal terpakai ini kami tidak perlu risau sangat untuk dicuri atau rosak berbanding dengan basikal dibeli baru. Lagipun, harga jauh lebih murah apabila membeli basikal terpakai ini. Bolehlah kami beli 2 basikal terus iaitu untuk Azfar dan Azwar.

Sekarang ini, setiap petang Azwar pasti akan hendak turun bermain basikal apabila kami pulang dari kerja. Seronok betul mereka kerana basikal ini lebih besar dan boleh bergerak laju berbanding basikal sebelum ini :)


EmoticonEmoticon