02 September 2013

Stesyen minyak penuh kerana naik 20 sen

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Kenaikkan harga minyak menjadi mimpi buruk kepada rakyat kerana bukan kos minyak menjadi perkara utama tetapi kesan sampingan lain. Kos minyak akan bertambah apabila harga minyak naik dan menjadi permasalahan ialah barang-barang lain turut naik.

Minyak menjadi sumber tenaga utama ketika ini. Apabila ia naik, semua akan turut merasa kesannya. Ada yang mengambil peluang untuk menaikkan harga dengan menggunakan alasan minyak mahal. Patutkah?

Perkara tersebut semua telah maklum dan tidak perlu Sop menulis panjang :)
Apa yang Sop tidak terima ialah apabila diumum harga minyak naik jam 12.00 malam, berpusu-pusu orang mula mengisi minyak untuk mendapatkan harga lama. Dapat sedikit penjimatan jika isi sebelum harga baru pada pada jam 12.00 malam.

Apabila masing-masing bergegas mengisi minyak, mula kesesakan di stesyen minyak. Ada yang perlu beratur panjang dan injin dibiarkan hidup. Dengan kesesakan tersebut, banyak juga minyak berjalan bukan?

Ingin harga murah minyak malam ini tetapi pergi isi hanya 10 atau 20 liter. Berapa penjimatan? Huhuhu
Selepas ini, kenalah ambil langkah penjimatan. Perkara yang biasa yang kita dengar tetapi selepas seminggu kembali kepada rutin asal. Tidak lagi kesah tips-tips penjimatan. Ini yang berlaku kepada Sop sebenarnya. Berkobar-kobar seminggu untuk berjimat tetapi selepas itu tidak kesah pun tentang minyak. Huhuhu

Bagaimana anda pula? 
Adakah telah ambil langkah penjimatan minyak?


EmoticonEmoticon