Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Wallpaper menarik dipasang untuk menjadikan ruang rumah lebih indah. Berbanding cat, wallpaper lebih menarik kerana ia mempunyai pelbagai jenis design dan warna untuk disesuaikan dengan konsep rumah. Biasanya ruang tamu yang selalu dipasang wallpaper sebagai dinding utama. Namun jika berkemampuan, bolehlah pasang 1 rumah :)

Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah
Sebelum pemasangan wallpaper
Sop agak lama juga berhajat pasang wallpaper pada ruang tamu rumah tetapi baru kini kesampaian. Maklum sahaja, kos untuk memasang wallpaper bukanlah murah. Jika hendak pasang sendiri, susah juga rasanya :)

Kami telah ke kedai pembekal wallpaper yang terletak di IKANO, Damansara untuk melihat wallpaper yang ada. Ia adalah wallpaper daripada Korea dan harga lebih murah berbanding wallpaper lain. Dulu ada pernah tanya pembekal wallpaper di pameran AEON dan harga jauh lebih mahal.

Design wallpaper sekarang ini juga sangat menarik. Ia bukan sekadar design dan gambar sahaja kerana ada yang mempunyai kesan 3D dan berkilat-kilat. Macam-macam jenis design yang ada.

Setelah memilih design wallpaper yang kami hendak, tempahan pun dibuat. Proses untuk memasang wallpaper ini memakan masa 2 minggu kerana tidak semua design ada di dalam stok pembekal. Mereka perlu membuat tempahan daripada Korea.

Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah
Meletakan gam pada wallpaper selepas dipotong
Selepas 2 minggu, proses pemasangan dilakukan di rumah. Pemilik pembekal wallpaper datang sendiri dengan pekerja mereka. Kami sempat bertanyakan tentang-tentang produk wallpaper dari kedainya. Dimaklumkan kedainya hanya 1 sahaja yang terdapat di IKANO tersebut.

Proses pemasangan memakan masa 1 jam 30 minit sahaja untuk 1 dinding utama. Pekerja pemasangan wallpaper sangat cekap.

Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah
Proses pemasangan wallpaper
Selepas pemasangan, dimaklumkan terdapat gelembung-gelembung pada wallpaper kerana kertas wallpaper telah basah selepas disapukan gam. Ia akan hilang sendiri setelah kering dan biasanya 1 hari hingga 2 minggu boleh hilang. Lega apabila mendengar penerangan tersebut kerana kelihatan terdapat beberapa gelembung udara pada wallpaper tersebut. Tidak sampai 1 hari, gelembung-gelembung tersebut semakin hilang.

Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah
Wallpaper siap dipasang
Pemasangan wallpaper ini menjadikan ruang rumah lebih menarik. Pastikan design yang dipilih bersesuaian dengan rumah dan tema yang dikehendaki. Apabila telah tetap tema dan warna, proses pemilihan wallpaper lebih mudah. Ini kerana jika anda ke kedai wallpaper, beberapa buku design akan diberikan kepada pelanggan untuk dipilih. Memang rambang mata jika lihat semuanya cantik.

Kos untuk pemasangan wallpaper dinding rumah Sop ialah RM780 sahaja. Pakej yang diberikan ialah 15 meter persegi. Oleh kerana ruang dinding utama agak kecil, terdapat banyak juga lebihan wallpaper tersebut. Kami disarankan menyimpan lebihan tersebut kerana boleh dijadikan pengganti jika ada ruang yang rosak atau terkoyak nanti.

Galeri gambar:
Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah

Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah

Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah

Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah

Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah

Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah

Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah

Pemasangan wallpaper ruang tamu rumah

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
14 February, 2016 08:56 delete

Cantik. Nak tanya, kat mana segala kabel dan tiub dari aircond tu ye? sorok dlm dinding yg ditebuk separuh atau tembus kat dlm bilik sebelah?

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
15 February, 2016 02:12 delete

kabel dan tiub tu dalam dinding. saluran dan wayer telah built in. masa nak bg tengah kedudukan aircond kena tebuk baik untuk ejas kabel dan wayer tu

Reply
avatar