10 September 2013

Nasi Mandy atau Nasi Arab termurah di Kuala Lumpur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anda peminat nasi Arab atau Nasi Mandy?
Nasi Mandy atau Nasi Arab ini mula popular sejak beberapa tahun ini. Walaupun agak mahal tetapi tidak menghalang daripada orang ramai menikmatinya. Ia sebenarnya mahal kerana kuantitinya yang banyak.

Nasi Mandy atau Nasi Arab termurah di Kuala Lumpur

Sop baru sahaja tahu tentang Nasi Mandy yang murah ini. Ia terkenal kerana harga yang ditawarkan oleh Restoran Suria ini serendah RM5.00 untuk sepinggan Nasi Mandy 1/4 ayam. Penggemar Nasi Mandy pasti mengetahui tentang Restoran Suria ini. Sebelum ini ia terkenal dengan Nasi Mandy RM5 tetapi semalam semasa Sop ke sana harga telah naik menjadi RM6.00 untuk Nasi Mandy 1/4 ayam. Mungkin kesan kenaikkan minyak?

Nasi Mandy atau Nasi Arab termurah di Kuala Lumpur
Gambar blur sebab menggigil lapar kot.. hehhe
Walaupun RM6.00 sepinggan Nasi Mandy 1/4 ayam, ia masih yang termurah setakat ini di Kuala Lumpur. Sop belum lagi jumpa lagi murah daripada itu. Anda ada jumpa?

Selain itu, menu Nasi Mandy lain juga masih murah seperti Nasi Mandy Kambing hanya RM11.00 sahaja, Nasi Mandy seekor ayam RM22.00 sahaja atau Nasi Mandy ayam 1/2 RM12.00 sahaja. Ayam bukan ayam goreng tetapi ayam panggang (ayam golek).

Nasi Mandy atau Nasi Arab termurah di Kuala Lumpur

Nasi Mandy juga sangat enak dan lembut sahaja. Memang rasa Nasi Mandy dari Arab betul (wah, macam promosi pulak). Tapi betul, memang sedap walaupun murah :)

Kepada yang berminat, Restoran Suria ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit bersebelahan dengan Pasar raya Mydin. Ruang restoran agak terhad dan sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Parking kawasan itu juga agak sukar. Namun begitu, berbaloi juga untuk mencubanya :)

Peta:

Lihat Peta yang Lebih Besar

Terima kasih bro Polie yang memperkenalkan Restoran Suria ini :)


EmoticonEmoticon