29 September 2013

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura
Pengacara Majlis
Perjalanan Majlis
Pada 25 September 2013 yang lepas telah berlangsung Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) antara Al Ansar Health Sdn Bhd dengan Sinar Permata Resources dan Magnetic Aura Sdn Bhd di Danau Golf Club, UKM, Bangi, Selangor. Majlis ini telah bermula pada jam 2.30 petang dan di rasmikan oleh YBhg. Tan Sri Muhammad Ali bin Hasyim, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura
Ucapan alu-aluan Tn. Hj. Muhammad Khanafi bin Husin
Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura
Ucapan perasmian oleh YBhg. Tan Sri Muhammad Ali bin Hasyim
Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) antara Al Ansar Health Sdn Bhd dengan Sinar Permata Resources dan Magnetic Aura Sdn Bhd telah dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan Tn. Hj. Muhammad Khanafi bin Husin iaitu Pengerusi Eksekutif Al-Ansar Health Sdn Bhd dan ucapan perasmian oleh YBhg. Tan Sri Muhammad Ali bin Hasyim, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura
Tuan Haji Khanafi Hussin menandatangai MOU
Selesai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) antara Al Ansar Health Sdn Bhd dengan Sinar Permata Resources dan Magnetic Aura Sdn Bhd disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Muhammad Ali bin Hasyim, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura
Majlis penyampaian sijil
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil oleh wakil pengamal perubatan altenatif kepada Ustaz Mohd Ali Bin Md Yatim mewakili Al Ansar Health Sdn Bhd, Sinar Permata Resources dan Magnetic Aura Sdn Bhd.

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura
Lawatan tapak pemeran
YBhg. Tan Sri Muhammad Ali bin Hasyim, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia kemudiannya telah membuat lawatan pamera barangan Sinar Permata Resouces dan Magnetic Aura Sdn Bhd sebelum sidang akhbar dimulakan.

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura
Sidang Media
Semasa sidang akhbar, Dato' Malik Noor telah hadir untuk bersama-sama majlis tersebut. Untuk makluman, Dato' Malik Noor merupakan duta kepada produk Magnetik Aura. Penerangan jelas telah diberikan mengenai produk Sinar Permata Resouces dan Magnetic Aura Sdn Bhd.

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura
Demonstrasi produk 
Media, blogger dan tetamu yang hadir seterusnya dibawa untuk demontrasi produk Sinar Permata Resouces dan Magnetic Aura Sdn Bhd.

Al Ansar Health Sdn Bhd
Al Ansar Health diasaskan oleh Tuan Haji Khanafi Hussin. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat dalam rangkaian Al Ansar Group yang telah mempunyai 3 lagi anak syarikat dalam cabang perniagaan yang lain, iaitu Al-Ansar Properties, Al-Ansar eQurban dan juga Al-Ansar Biocypress.

Idea untuk menubuhkan Al-Ansar Health ini tercetus pada April 2013 dan penubuhannya telah dilakukan pada 30 Ogos 2013 oleh 3 peneraju utama iaitu Haji Khanafi, Haji Sobri Saad dan Saudara Bakhtiar. Matlamat utama syarikat ini ditubuhkan adalah untuk memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat sekeliling. Perkhidmatan ini ditujukan kepada masyarakat kini yang menghadapi pelbagai penyakit khususnya penyakit berkaitan dengan resdung, mata dan saraf.

Tuan Haji Sobri telah membuat kajian dengan beberapa pihak tertentu sehinggalah berjumpa dengan 2 pengasas produk kesihatan alternatif yang membantu menyelesaikan masalah resdung, mata dan saraf iaitu dari syarikat Magnetic Aura Sdn Bhd dan Sinar Permata Solution. Magnetic Aura mengusahakan terapi berkaitan permasalahan saraf manakala sinar Permata Solution berkaitan dengan resdung dan mata.

Hasil daripada pertemuan tersebut, maka tertubuhlah Pusat Rawatan/Terapi Alternatif Al-Ansar Health Sdn Bhd. Al-Ansar Health merancang untuk membuka lebih banyak pusat-pusat terapi di setip parlimen iaitu setiap parlimen akan mempunyai hanya satu pusat terapi. (sumber)

Sinar Permata Resouces
Sinar Permata Resouces adalah merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh 100% Bumiputera. Pihak kami menyediakan pelbagai perkhidmatan perubatan kesihatan terutamanya masalah resdung, diabetis, masalah mata dan masalah kesan perokok tegar.

Kami menyedari bahawa setiap penyakit mesti ada penawarnya. Namun begitu, sesetengah pesakit mereka perlukan rawatan susulan yang panjang untuk menyembuhkan penyakit mereka itu. Kita tidak boleh menganggap rawatan pertama sudah memadai tanpa usaha yang berterusan.

Sebagai membantu anda dan menjalankan khidmat masyarakat, kami menyediakan pemeriksaan resdung percuma. Anda boleh memeriksa tahap resdung tanpa dikenakan bayaran. Selain itu juga kami memberikan terapi mata juga secara PERCUMA.  Untuk itu, sila berkunjung ke mana-mana cawangan kami. (sumber)

Magnetic Aura Sdn Bhd
Magnetic Aura Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar barangan kesihatan dan kecantikan. Ia telah diasaskan oleh Adnan Abdul Wahab yang menggunakan kuasa magnet dalam produk syarikat ini. Elemen gabungan antara magnet dan aura ini dalam produk dipercayai membantu untuk kesihatan dan kecantikan pengguna.

Antara produk keluaran Magnetic Aura Sdn Bhd adalah seperti berikut:

  • Minyak Terapi Magnetic Aura
  • Sabun Terapi
  • Madu dalam straw
  • Kopi
  • Sabun Energy
  • Kopi
  • Sabun Seri Wajah
  • Sabun Mandian Tujuh Bunga
  • Minuman Air Madu 7 dalam 1
Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat di atas, sila layari laman sesawang berikut:
Sinar Permata Resouces http://www.sinarpermata.com/
Magnetic Aura Sdn Bhd http://www.magneticaura.com

Peluang Perniagaan
Dengan perjanjian persefahaman ini, Al Ansar Group telah melangkah kehadapan lagi untuk meluaskan empayar perniagaan selaras dengan visi dan dasar mereka iaitu memberi keuntungan serta penyelesaian kepada pengguna dan masyarakat setempat. Misi yang telah dipraktiskan dalam produk Al Ansar Group seperti eQurban, Al Ansar Properties, DenaiHati.Com dan lain-lain.

Al Ansar Health telah mempunyai beberapa cawangan iaitu di negeri Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Dengan sasaran pembukaan di seluruh negara, rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi stokis Al Ansar Health boleh menyertai dengan bermodal sebanyak RM30 ribu yang akan mendapat margin keuntungan 45% dan pulangan pelaburan boleh diperolehi selepas 3 bulan.

Latihan akan diberikan dan sijil akan dikeluarkan oleh Pusat Latihan Rawatan Altenatif yang diiktiraf kerajaan dengan usahasama Akademi Al Ansar.

Promosi dan pengiklanan berterusan akan dilakukan melalui televisyen, radio, surat khabar, majalah dan media sosial.

Galeri gambar:

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura

Majlis MOU Al Ansar Health dengan Sinar Permata Resouces & Magnetic Aura

Galeri gambar lain (Album Facebook)


EmoticonEmoticon