M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur
M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

Permah singgah ke M2 Cafe?
Sop baru pertama kali singgah makan di M2 Cafe ini yang terletak tidak jauh dari rumah. Papan tanda besar M2 Cafe ini boleh kelihatan dari jalan utama Danau Kota.

M2 Cafe merupakan restoran yang menjual pelbagai jenis juadah bermula dari sarapan hingga makan malam. Sop suka dengan suasana M2 Cafe yang kemas dan bersih. Hidangan dihidang juga menarik dengan setting seperti buffet hotel.

Terdapat lebih 10 menu disediakan untuk makan tengah hari seperti ikan bakar, ayam masak merah, ayam goreng, masak lemak, asam pedas dan sebagainya.

Namun begitu, rasa makanan tidak sehebat restoran. Sedikit kecewa apabila rasa masakan tidak kena dengan tekak Sop. Ikan yang dimakan tidak begitu fresh.

Sistem pengiraan juga kurang efisyen yang mana pengiraan harga berdasarkan setiap jenis menu yang diambil. Apabila membayar, setiap satu dikira seperti sayur berapa, ikan berapa, ulam berapa? Susah bukan? Terpaksa menunggu lama pula untuk menunggu pengiraan di kaunter. Kenapa semasa semak apa yang kami makan tidak terus bagi harga sepinggan nasi tersebut? Itu yang biasa kedai-kedai makan buat bukan?

Harga juga agak tinggi berbanding restoran biasa dan mamak.

Galeri gambar:

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

M2 Cafe Danau Kota, Kuala Lumpur

Previous
Next Post »