02 September 2013

Azfar dan Azwar boleh berbasikal tanpa tayar sokongan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Berbasikal pasti menjadi aktiviti yang digemari oleh kanak-kanak. Sop sendiri tidak ingat masa bila Sop pandai kayuh basikal tetapi yang pasti Sop ada basikal. Jika dulu, berbasikal boleh mengelilingi 1 kampung dan tiada masalah hendak ke mana-mana.


Sekarang ini, anak-anak Sop hendak berbasikal pun susah. Ada basikal banyak tersimpan dalam rumah daripada bergerak. Jika hendak bermain, perlu bawa ke taman atau kawasan lapang. Agak leceh bukan?

Basikal telah beli lama tetapi agak jarang dapat mereka bermain. Sebulan sekali pun belum pasti boleh :)

Baru-baru ini, Azfar dan Azwar sempat pinjam basikal daripada rakan mereka di kawasan rumah nenek. Basikal tersebut telah tiada tayar sokongan kerana rakan Azfar dan Azwar telah pandai menggunakan tayar utama sahaja. Sop berada bersama risau juga sama ada boleh atau tidak menggunakan basikal tanpa tayar sokongan. Ini kerana mereka tidak pernah lagi naik basikal tanpa tayar sokongan.

Dengan percubaan pertama, Azfar dan Azwar terus boleh bawa basikal tanpa tayar sokongan. Sungguh tidak sangka mereka boleh! Balik rumah apa lagi, terus minta buka tayar sokongan. Malah terus ajak bermain basikal. Azwar awal-awal pagi lagi telah bersiap untuk ajak bermain basikal. Padahal sarapan pun belum. Adus...

Petang semalam telah bawa mereka bermain sepenuhnya. Bagi mereka berlatih memahirkan basikal tanpa tayar sokongan. Namun begitu, kelihatan basikal telah agak kecil untuk mereka. Basikal baru pula nampaknya. Huhuhuhu

Galeri gambar:












EmoticonEmoticon