07 September 2013

50% proses pemasangan siling kapur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

50% proses pemasangan siling kapur

Rajin pula Sop update tentang siling kapur yang sedang dipasang di rumah. Bukan apa sangat cuma tidak sabar menanti siap. Tidak sanggup lagi berada dalam 'rumah huru-hara' seperti di ceritakan dalam entry sebelum ini (sukar ubah suai rumah selepas pindah) (proses pemasangan siling kapur).

Projek pemasangan siling kapur ini telah bermula sejak hari Selasa lagi tetapi pada hari tersebut hanya proses pemasangan wayar dan 'hacking' dinding sahaja. Pada hari Rabu baru barang-barang dibawa masuk dan pada hari Khamis baru pemasangan siling kapur bermula.

50% proses pemasangan siling kapur

Hari ini, proses memasang siling kapur telah mencapai 50% iaitu semua siling telah dilekatkan pada rangka. Selepas ini proses meratakan siling kapur akan dilakukan.

Kami harapkan siling kapur ini boleh disiapkan minggu ini tetapi tidak berjaya nampaknya. Esok hari Sabtu, mereka hanya boleh meratakan siling kapur dan Isnin baru mula cat dan pasang lampu. Jika tiada sebarang masalah, hari Isnin boleh siap. Itu yang dimaklumkan oleh kontraktor. Moga-moga tiada masalah bukan?


Design siling kapur yang kami pilih ialah L Box yang mana menjadi 'trend' sekarang ini. Rata-rata memasang siling kapur jenis L Box.

Terima kasih kerana membaca entry ini :)


EmoticonEmoticon