17 August 2013

Verify Your Face Book - email penipu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ada menerima email meminta akaun Face Book anda dikemaskini?

Pastikan anda tidak klik kepada link yang diberikan kerana ia adalah link SCAM yang akan mencuri maklumat akaun anda. Anda pasti akan tahu apa yang akan terjadi sekiranya akaun Facebook anda dicuri bukan?

Sila berhati-hati setiap email yang dihantar. Jika terdapat email yang meragukan daripada pengirim, pastikan semak terlebih dahulu. Contoh emel yang Sop terima ini sangat meragukan. Pertama emel penghantar yang bukan daripada team Facebook dan kedua link bukan link Facebook walaupun tertera link Facebook/update. Ia hanya mengkaburi mata kita sahaja tetapi hyperlink ke laman SCAM lain.

Anda ada menerima emel seperti ini?


EmoticonEmoticon