Scooter hadiah puasa Azfar dan Azwar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ramadan kini semakin penghujungnya. Disamping kesedihan akan berakhirnya Ramadan tetapi kita akan gembira dengan kehadiran Syawal tidak lama lagi. Rasa seperti baru sahaja bangun sahur awal Ramadan :)

Scooter hadiah puasa Azfar dan Azwar
Auni pun nak juga scooter :)
Azfar dan Azwar merupakan tahun pertama belajar berpuasa. Kami telah janjikan akan hadiahkan scooter jika mereka berpuasa penuh. Pada hari pertama berpuasa penuh, Azfar dan Azwar mula menuntut hadiah mereka. Mereka ingat berpuasa 1 hari sahaja. Adus...

Jenuh juga kami menerangkan apa itu puasa dan kenapa kita perlu berpuasa. Paling sukar ialah Azwar yang mana tidak mahu puasa kerana takut akan mati. Puasa tidak makan dan minum, pasti mati nanti. Adus....

Walaupun Azfar dan Azwar tidak berpuasa penuh tahun ini sekurang-kurangnya ada hari yang boleh mereka berpuasa penuh satu hari. Kami juga kejutkan mereka bersahur walaupun tahu ada hari yang akan tidak berpuasa penuh. Belajar bersahur dan berpuasa :)

Scooter hadiah puasa Azfar dan Azwar
Semoga hadiah ini beri galakan untuk berpuasa penuh tahun hadapan
Oleh kerana telah berjanji untuk menghadiakan scooter, kami terpaksa menunaikan janji tersebut. Jika tidak, asyik tuntut sahaja hadiah scooter mereka :)

Apa hadiah yang anda janjikan untuk anak-anak jika berpuasa?
Previous
Next Post »