20 August 2013

Ride Raya ke rumah rakan EduRiders@KL

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Masih mood raya?
Jika di bandar-bandar, sekarang ini adalah masa untuk 'open house' Raya. Berbeza dengan kampung, selepas seminggu semua kembali seperti sedia kala. Tiada lagi mood raya dan jarang masing-masing beraya.

Ride Raya
Di bandar-bandar, ketika ini baru boleh beraya kerana masing-masing baru kembali ke rumah masing-masing selepas pulang beraya di kampung. Kebanyakkan kembali ke kota terus bekerja. Tidak sempat untuk rakan-rakan datang beraya. Jadinya, open house diperlukan untuk menjemput untuk rakan-rakan beraya.

Sabtu lepas, seorang ahli EduRiders@KL telah menjemput rakan-rakan untuk datang beraya. Untuk itu, 'Ride Raya' diadakan untuk ke rumah rakan EduRiders@KL tersebut.

Ride Raya bermula disebelah pagi yang mana tuan rumah telah menyediakan menu sarapan. Ahli-ahli EduRiders@KL yang berkelapangan mula berkumpul pada jam 8.30 pagi dan perjalanan bermula pada jam 9.00 pagi.

Tuan rumah
Ride Raya tidak jauh kerana rakan EduRiders@KL tersebut hanya tinggal di Kajang sahaja. Namun Ride Raya tersebut terasa kemeriahannya kerana ramai rakan yang boleh menyertai Ride Raya tersebut. Bukan mudah untuk berkumpul dan Ride Raya dalam masa yang sama bukan?

Bergambar kenang-kenangan
Terima kasih kepada tuan rumah yang susah-susah menyediakan menu raya untuk rakan-rakan datang beraya.

Sambil beraya, ahli EduRiders@KL sempat bermesyuarat untuk persediaan Majlis Pelancaran Kelab EduRiders@KL pada Sabtu ini.

Galeri gambar:
  






  




EmoticonEmoticon