Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari ini adalah hari terakhir Pasar Ramadan dibuka jika esok diumumkan raya. Jika ada umur panjang, bolehlah kita berjumpa lagi pasar Ramadan tahun hadapan. Pasar Ramadan antara kemeriahan yang ada hanya dibukan Ramadan selain yang lebih penting puasa, terawikh, lailatul qadar dan lain-lain.

Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu
Permandangan khemah pasar Ramadan
Semalam Sop sempat ke Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu. Dulu Pekan Kedai Buluh ini terkenal dengan makanan dan juadah tradisional. Gerai-gerai di Pekan Kedai Buluh juga adalah klasik. Namun sekarang kawasan penjaja tersebut telah dinaiktaraf dengan bangunan baru di kawasan baru (berhampiran kawasan lama). Pasar Ramadan Kedai Buluh berhadapan dengan kawasan penjaja tersebut.

Banyak memori Sop dengan Pekan Kedai Buluh ini masa kecil-kecil dulu seperti tempat Sop beli mercun pada bulan puasa dan tempat repair dan beli barang basikal. Setiap kali melalui kawasan Pekan Kedai Buluh pasti akan teringat memori tersebut.

Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu

Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu tidak terlalu banyak gerai jualan berbanding pasar Ramadan lain. Namun begitu, juadah jualan cukup untuk pengunjung dapatkan untuk menu berbuka. Menu yang dijual tidak berbeza dengan Pasar Ramadan Kuala Ibai kecuali gerai tidak banyak sahaja.

Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu agak selesa semasa Sop pergi semalam yang mana pengunjung tidak terlalu ramai. Mungkin juga akhir-akhir puasa ini jumlah pengunjung semakin kurang singgah ke Pasar Ramadan.

Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu

Sop sendiri tidak banyak juadah yang dibeli di Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu ini hanya sebelah ayam golek, minuman dan kuih muih sahaja :)

Galeri gambar:
Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu

Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu

Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu

Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu

Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu

Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu

Pasar Ramadan Kedai Buluh, Kuala Terengganu

Previous
Next Post »