Macam tidak ikhlas je Nuffnang bagi CPUV

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Cost per unique visit (CPUV) merupakan tawaran yang amat-amat dinantikan oleh blogger untuk diberikan oleh Nuffnang kerana CPUV ini adalah pendapatan yang diterima berdasarkan jumlah pelawat yang lawat dan iklan dipaparkan. Lagi banyak pelawat, lagi tinggi pendapatan. Jika ada klik kepada iklan, boleh dapat bonus pula.

Berbeza dengan Cost per click (CPC) yang mana blogger hanya menerima pendapatan berdasarkan jumlah klik kepada iklan yang keluar pada blog.

Oleh sebab itu, jika ada CPUV yang melekat pada blog pasti blogger akan gembira dan buat entry mengenai CPUV tersebut. Bukan hendak menunjuk rasanya tetapi tanda penghargaan kepada Nuffnang dan pengiklan. Malah entry berkaitan Nuffnang pasti boleh menarik pembaca bukan?

Sop sendiri suka baca-baca entry rakan yang update tentang pendapatan yang diterima kerana memberi motivasi untuk Sop. Contoh jika ada yang dapat beribu-ribu hasil berblog. Kita akan jeles dan cuba berusaha untuk cuba capai juga (walaupun tidak pernah dapat.. kikikiki)

Macam tidak ikhlas je Nuffnang bagi CPUV

Hari ini baru dapat buka akaun Nuffnang. Baru hendak gembira mendapat CPUV tetapi kena sedih kembali CPUV telah 'credit' dengan jumlah yang 'cukup banyak' :) Tidak tahu macam mana boleh jadi seperti itu, hanya bagi CPUV tetapi tiada pendapatan. Pernah juga sebelum ini blog tidak aktif (tutup) tetapi tidak buang dalam senarai mendapat CPUV. Bagaimana hendak dapat pendapatan bukan?

Oleh sebab itu Sop rasa Nuffnang macam tidak ikhlas sahaja bagi CPUV. Sama ada kerana tersilap key in atau belum sempat dapat pendapatan CPUV, jumlah sasaran iklan telah tamat. Atau juga iklan malu hendak keluar :) Tiada iklan, tiada paparan, tiada pendapatan CPUV!

Semoga lain kali Nuffnang bagi CPUV yang ikhlas punya. Baru boleh kumpul banyak sikit duit dari Nuffnang :) Hehehehe

Rasanya ramai rakan blogger yang alami perkara yang sama kan?
Previous
Next Post »