Ketupat palas yang semakin menghilang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Masih bercerita tentang raya?
Jika di Kuala Lumpur, 'open house' Raya masih meriah kerana Sop sendiri mendapat beberapa jemputan tersebut. Biasanya sehingga habis bulan Syawal, baru tamat 'open house' Raya tersebut.

ketupat palas
Ketupat palas yang siap dibungus
Ketupat palas merupakan makanan tradisional di beberapa buah negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah. Jika musim perayaan, ketupat ini pasti menjadi hidangan istimewa kepada tetamu. Namun begitu, semakin hari semakin ramai yang tidak pandai membuatnya kini.

Kisah ketupat palas yang hilang semakin menghilang merujuk kepada kemahiran membuat ketupat palas ini semakin kurang dibuat oleh orang kampung. Baru-baru ini, banyak rumah saudara mara Sop yang beraya mula menggunakan khidmat tempahan untuk mendapatkan ketupat palas ini.

Proses membuat ketupat palas ini agak leceh bermula dengan memasak pulut hingga membungkusnya. Jika tiada 'skill' memang tidak menjadi membungkus ketupat palas tersebut. Sop sendiri tidak pandai walaupun pernah mencuba membungkusnya. Hehehe

ketupat palas
Ketupat perlu rebus selepas dibungkus
Mak Sop masing menyediakan ketupat palas ini untuk hari Raya. Walaupun leceh tetapi ia sebahagian daripada kemeriahan menyambut hari Raya. Sejak berpuluh-puluh tahun sentiasa menyediakan ketupat palas pasti akan rasa lain jika tidak membuatnya. Sop sendiri rasa hendak cadangkan Mak Sop tempah sahaja ketupat palas jika tidak larat membuatnya lagi. Kos tidak banyak boleh dijimatkan dengan membuat sendiri kerana untuk tempahan, hanya RM40 untuk 100 biji ketupat. Jika membuat sendiri, bukan sahaja kos lebih kurang tetapi memakan masa sehingga setengah hari menyiapkannya.

Namun jika ditempah ketupat palas tersebut, pasti sesuatu yang akan hilang bukan?
Kemeriahan persediaan menyambut Hari Raya akan berkurangan. Contohnya dulu apabila hendak Raya, semua sibuk membuat penyediaan dengan kuih raya, kejar ayam untuk lauk hari raya, cari buluh untuk pelita dan sebagainya. Tetapi kini telah banyak yang tiada dalam senara menyambut Hari Raya. Kemeriahan semakin berkurangan bukan?

Generasi muda mungkin tidak akan dapat merasai lagi kemeriahan persediaan tersebut bukan?

Galeri gambar:

ketupat palas

ketupat palas

ketupat palas

ketupat palas

Previous
Next Post »