12 August 2013

Bermain scooter di kampung

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ada sahaja gajet yang dipegang
Dunia IT sekarang, kanak-kanak lebih gemar mengadap gajet berbanding bermain di luar. Dimana-mana kelihatan ibubapa lebih selesa membiarkan anak-anak duduk dan biar bemain dengan gajet seperti tablet, telefon, PSP, laptop dan sebagainya. Apabila anak-anak bermain dengan gajet, mereka lebih duduk diam dan terkawal. Betul tak?

Sop sendiri sentiasa membenarkan anak-anak bermain dengan gajet untuk mengelak daripada mereka bosan, tidak duduk diam dan mudah dikawal. Kali ini kami turut membawa tablet mereka ke kampung bersama scooter yang diterima hasil dari berpuasa tahun ini.

Sop hanya ingin seimbangkan aktiviti di kampung supaya tidak mengadap gajet sahaja. Perlu ada aktiviti fizikal agar mereka berpeluh, bersosial dan bergembira. Scooter ini tiada masalah untuk dibawa balik ke kampung kerana saiz yang kecil. Jika hendak bawa basikal, confirm kena balik baik lori (hehehe)

Azfar dan Azwar seronok dapat bermain scooter tersebut di kampung kerana kawasan luas dan selesa. Malah, kawan sebaya mereka di kampung turut bersama sertai mereka. Jalan di hadapan rumah kampung Sop tidak sibuk, boleh mereka scootering sampai ke rumah Pak Ngah mereka.

Oleh kerana penat bermain makan puasa mereka agak kantoi. Masih puasa tetapi puasa makan sahaja kerana setiap kali dahaga, air yang mereka cari. Jika ditanya puasa atau tidak, mereka jawab puasa kerana belum makan. Adus.... :)

Galeri gambar:

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung

Bermain scooter di kampung


EmoticonEmoticon