Auni dan kereta mainan baterinya

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Auni dan kereta mainan baterinya

Kereta mainan yang menggunakan kuasa bateri ini telah dibeli zaman Azfar dan Azwar masih kecil. Agak lama tersimpan di bilik kerana telah rosak dan tidak berfungsi. Kemungkinan masalah bateri tetapi Sop tidak begitu pasti.

Banyak juga kenangan kereta mainan bateri ini bersama Azfar dan Azwar yang mana sering dibawa ke Tasik Titiwangsa untuk riadah dan santai. Harga dibeli ketika itu ialah RM400. Sekarang mungkin lebih murah kerana kelihatan banyak dipasaran.

Auni dan kereta mainan baterinya
Bergaya dengan kereta mainannya
Kini ia menjadi pilihan Auni pula. Walaupun tidak berfungsi, tetapi Auni tetap berminat untuk naik. Menjadi mangsa ialah abang-abangnya yang perlu menolak kereta tersebut. Sebelum ini, kami tidak benarkan Auni naik bimbang jika jatuh atau sebagainya. Sekarang ini, Auni cukup mahir memanjatnya tanpa sebarang masalah.

Auni dan kereta mainan baterinya
Macam lah pandai sangat bawa :)

Setiap kali balik dari rumah nenek, pasti kereta mainan itu yang dicari dahulu. Dapat bermain kerjab, ok lah :) Abang-abang jangan hendak kacau naik, ini kereta mainan Auni yang punya. Bising jika dia tidak dapat naik.. Heheheh

Buat masa ini belum sempat untuk membaiki kerosakan kereta mainan tersebut. Bagi Auni naik secara manual sahaja lah. Bagi abang-abangnya tolak dahulu. Hehehe

Jika di pasar raya, biasa ada sewaan kereta mainan bateri ini bukan?

Galeri gambar:

Auni dan kereta mainan baterinya

Auni dan kereta mainan baterinya

Auni dan kereta mainan baterinya

Auni dan kereta mainan baterinya

Auni dan kereta mainan baterinya
Nak balik kampung ke tu? Hehehe

Auni dan kereta mainan baterinya

Auni dan kereta mainan baterinya

Auni dan kereta mainan baterinya

Previous
Next Post »